top of page

Virtual Technology and Coding Camp

Updated: Dec 9, 2024

Di era digital yang sedang pesat berkembang ini, teknologi dan pengkodan merupakan sangat penting dalam kehidupan kita. Menyedari betapa pentingnya untuk memupuk minat dan kemahiran dalam bidang ini, Jazro dengan berbesar hati melancarkan Program Virtual Technology and Coding Camp khas untuk pelajar yang berminat meneroka dunia teknologi dan pengkodan.


Program ini bertujuan untuk memberikan pelajar-pelajar peluang unik untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengkodan dan teknologi di dalam persekitaran maya yang interaktif.


Melalui penggunaan platform inovatif, peserta akan diajar asas pengkodan serta diberi peluang menjalani pengalaman dengan aplikasi teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan realiti maya (AR/VR).


Program ini dijalankan oleh guru-guru yang mahir dan berpengalaman dalam bidang teknologi dan pengkodan. Mereka akan membantu peserta memahami konsep asas pengkodan dan memberikan panduan berharga mengenai teknik-teknik yang relevan. Dengan suasana yang mesra dan selamat, peserta akan dapat belajar mengenai dunia teknologi secara santai.


Dengan menyertai Program Virtual Technology and Coding Camp oleh Jazro, peserta akan mendapatkan pengalaman yang menarik dan bermanfaat dalam dunia teknologi dan pengkodan. Mereka akan mempelajari kemahiran baru, memanfaatkan kreativiti serta menggali potensi tersembunyi yang ada dalam diri mereka. Sila layari https://www.jazro.com.my/ untuk maklumat lanjut.



Comentarios


CONTACT US

Jazro Hotline Number: +6018-5778242

JAZRO TECHNOLOGY ROBOTICS SDN BHD
(SSM NUMBER: 1385569-H)

Aras 1, Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, MALAYSIA.

Newsletter Signup

Join the JAZRO Community and stay updated with our latest news!

fb-06.png
socmed
ig-06.png

© 2025 JAZRO™ Copyright. All Rights Reserved.

bottom of page