top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

Manfaat Internet terhadap murid-murid

Updated: Sep 13, 2021



Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memberikan kebaikan kepada semua peringkat dalam pendidikan, ekonomi, sosial, dan lain-lain termasuklah golongan murid. Kajian Pengguna Internet MCMC 2016 golongan yang masih bersekolah menghabiskan paling banyak masa dalam talian, iaitu sebanyak 20.9 jam seminggu. Kemudahan ini membenarkan murid saling bertukar maklumat dan pengetahuan kerana wujudnya ‘Dunia Tanpa Sempadan’. Sudah terang lagi bersuluh, kebaikan Internet terhadap murid adalah seperti membantu mencari maklumat. Murid yang melayari Internet dapat mencari banyak maklumat tambahan yang terkini untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Murid yang luas pengetahuan tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sekiranya murid berpengetahuan luas dan berdaya intelektual, negara kita akan mencapai kemajuan setanding dengan negara lain seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.



Anak-anak muda masa kini dikatakan sebagai ‘digital natives’ oleh sebab mereka dilahirkan dan dibesarkan pada zaman Revolusi 4.0. Justeru, anak-anak muda terdedah dengan perkembangan teknologi maklumat terutamanya penggunaan Internet dalam kehidupan seharian. Oleh hal demikian, golongan ini memperoleh banyak manfaat daripada penggunaan Internet. Namun begitu, familiariti mereka dalam hal ini tidak bermaksud mereka terhindar daripada kesan negatif penggunaan Internet. Situasi ini tidak mendukung maksud golongan muda harus dipisahkan dengan arus pemodenan ini seperti kata Sayidina Umar Al-Khattab, “Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapa”.



Sebagai individu yang suka berkomunikasi, murid juga dapat menambah kenalan sehingga hujung dunia. Media sosial telah menjadi medan penting dalam kalangan murid untuk mengenal budaya dan tradisi bangsa atau negara lain. Menerusi Facebook, Twitter, dan Instagram, murid dapat saling bertukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial. Hal ini demikian kerana maslahat Internet kepada remaja ialah mereka dapat mempelajari adat resam sesuatu bangsa daripada negara yang berbeza. Hal ini bertepatan dengan ungkapan ‘tak kenal maka tak cinta’. Malah, Internet mampu membawa kepada kebaikan kepada pengguna jika digunakan secara betul. Namun, penggunaan Internet secara tidak terkawal memberikan seribu satu implikasi negatif. Oleh itu, ibu bapa ibarat kunci yang mengawal penggunaan Internet. Ibu bapa hendaklah mengehadkan masa melayari Internet. Komputer hendaklah diletakkan di ruang keluarga untuk memudahkan pemantauan di samping memasang aplikasi dalam usaha menyekat akses kepada laman sesawang yang tidak bermanfaat. Malah, murid juga tidak mendedahkan maklumat diri dengan sewenang-wenangnya kerana kadar jenayah di Internet telah meningkat sejak akhir-akhir ini.


Tuntasnya, murid dapat mengeratkan hubungan silaturahim apabila melayari Internet. Penggunaan Facebook, Instagram, dan Twitter juga boleh digunakan sebagai medium untuk mencari rakan lama yang terpisah dan kembali berhubung semula dengan mereka serta menyimpul mati silaturahim. Malah, murid yang tinggal di sekolah berasrama mampu berhubung dengan keluarga dan tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk merenggangkan hubungan yang sudah kukuh bagai isi dengan kuku. Perkembangan teknologi ini telah menjadi jambatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.


JAZRO komited bantu anak murid tuan puan untuk mahir dalam teknologi terutamanya dalam industri 4.0 yang melibatkan pengunaan Internet of thing (IOT) yang pesat membangun bak cendawan tumbuh selepas hujan. Layari link ini untuk lebih info lanjut : ezy.la/JOG8




5,275 views0 comments

Comments


bottom of page