top of page

Malaysia menuju negara robot



Malaysia mesti bersedia, kalau perlu ke tahap bersiap siaga bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 yang ditandai dengan perubahan pantas teknologi dalam bidang-bidang utama sains terkini yang semakin canggih seperti super (kuantum) komputer, kecerdasan buatan (Artificial Inteligence - AI), mesin berfikir, robotik, kejuruteraan genetik hayat hidupan (biologi), pencetak 3D dan teknologi nano.


Ia merubah cara-cara pengeluaran dan kepenggunaan. Begitu juga bentuk kemahiran dan pengetahuan yang perlu dimiliki pekerja. Hari ini telefon sudah menjadi telefon bimbit, siapa lagi yang perlukan pondok telefon untuk berkomunikasi. Hari ini juga pemandu Grab dan Uber sedang menggantikan pemandu teksi. Esok, kereta Grab dan Uber akan bergerak sendiri dengan kenderaan robotik kendalian Kecerdasan Buatan yang dipandu secara automatik.



Maka pekerjaan seperti pemandu kereta, lori, bas akan berkurangan. Pengautomatan (automation) akan mengambil alih pekerjaan dalam pengeluaran, pembuatan barangan dan perkhidmatan. Robot lebih rajin, kuat, patuh, dapat membuat kerja-kerja rumit, tepat dan jarang-jarang sekali bercuti.


Pengangguran anak muda

Baru-baru ini Malaysiakini melaporkan berita tentang kadar pengangguran anak muda yang tinggi di Malaysia sebanyak 10.7 peratus. Berita tersebut memetik Laporan tahunan Bank Negara pada 2016 yang turut menyebut kadar pengangguran belia adalah lebih tiga kali ganda kadar pengangguran negara pada 3.1 peratus.


Laporan itu turut memetik pandangan seorang ahli ekonomi Universiti Tun Abdul Razak Dr Barjoyai Bardai yang menjelaskan masalah pengangguran masa kini diibaratkan sebagai keadaan ayam dan telur. Maksudnya, punca pengangguran sering diletakkan di bahu graduan yang kurang kemahiran dan pengalaman yang diperlukan, yang menjadikan mereka kurang menarik hati majikan. Manakala graduan pula mengatakan tidak boleh mendapat pengalaman jika tidak diberikan peluang untuk bekerja. Robot menjadi punca kehilangan kira-kira 670,000 orang pekerja dalam sektor pembuatan di antara tahun 1997 ke 2017 itu. Jumlah kehilangan kerja ini bakal terus meningkat seiringan dengan penambahan guna tenaga robot.



Industri di Malaysia juga terus bergerak pantas ke arah Industri 4.0. Kita dapat lihat misalnya syarikat-syarikat robotik dan AI besar dunia seperti Festo, Hitachi dan Kuka sudah lama bertapak di Malaysia menawarkan penyelesaian industri untuk menaik taraf perkakas pengeluaran dan pembuatan seiring dengan kemajuan zaman. Sementara itu, syarikat tempatan seperti Robotics Learning telah memperkenalkan program pertandingan robotik di peringkat sekolah sejak tahun 2009.


Laporan itu menyimpulkan daripada 702 kategori pekerjaan yang diperiksa, 47 peratus akan beralih ke pengautomatan dalam masa 20 tahun. Memang betul, kita masih belum tahu lagi apa yang akan terjadi esok hari. -Kredit Malaysiakini


Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar robot? JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. klik link di bawah untuk maklumat lanjut:




119 views0 comments
bottom of page