top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

Keperluan Pendidikan Digital Dalam Revolusi Industri 4.0

Updated: Sep 13, 2021

Apa Itu Revolusi Industri 4.0?





Revolusi Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur pengurusan, industri dan komersil yang menekankan pembangunan teknologi digital bagi mengurangkan kos tenaga manusia dan meningkatkan produktiviti. Pembangunan sistem digital yang semakin mantap mendorong pelbagai sektor industri seluruh dunia membangunkan mesin-mesin robotik berteknologi tinggi bertaraf super robots. Sistem teknologi digital juga memudahkan penggunaan data dalam skala meluas dan secara global bagi memudahkan pelbagai kerja dilaksanakan dengan pantas dan penjimatan kos jangka panjang yang efektif.


Namun disebalik kemudahkan dan manfaat kepada seluruh manusia, kemajuan era digital ini terdapat gangguan (digital disruption) yang mula mengubah keperluan pasaran kerja terhadap keperluan sumber tenaga manusia dan menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan. Bagi sektor perniagaan dan keusahawanan pula, persaingan perkembangan teknologi digital juga turut mempengaruhi pelbagai faktor seperti pembuatan, pemasaran malah pengetahuan digital dikalangan kakitangan. Justeru, sama ada seseorang individu itu terlibat sebagai pekerja ataupun majikan, pengetahuan teknologi digital merupakan aspek penting dalam cabaran Industri 4.0. Kepentingan pendidikan digital dalam arus Revolusi Industri (IR 4.0) telah menjadi antara topik perbincangan pelbagai peringkat sektor termasuk dari kalangan rakan industri yang terlibat dalam pemerkasaan intervensi pendidikan juga keusahawanan.





Memang tidak dinafikan, dengan arus kemajuan teknologi digital yang semakin berkembang pesat, IR 4.0 membuka banyak peluang dan manfaat. Namun ia juga ada sisi keburukan terutamanya kepada generasi muda sekiranya mereka tidak disuntik dengan elemen digitalisasi yang betul sebagai persediaan. Berdasarkan maklumat dikalangan warga pendidik dan belia mendapati masih ada yang kurang faham kepentingan elemen pendidikan digital dan kewujudan Revolusi Industri 4.0 dalam konteks akademik dan realiti. Bagi sesetengahnya pula, pendidikan digital dari perspektif akademik masih dianggap sekadar mengisi kegiatan kokurikulum di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Ya tidak menafikan akademik itu penting, tetapi tatkala teknologi dunia berkembang pesat, akademik juga perlu berkembang pantas selaras tuntutan modal insan industri agar pelajar dapat lebih bersedia menghadapi cabaran sebenar pasaran kerja dan keusahawanan.




Di JAZRO, kami bantu anak-anak & murid-murid di sekolah seawal usia 7 tahun didedahkan dengan kemahiran bahasa computer ataupun ‘coding’. Ini mempertajam kemahiran menyelesaikan masalah, memupuk kreativiti, membuat anak belajar fokus dan membuka banyak peluang kerjaya. Ia memerlukan aktiviti tinggi di beberapa kawasan di otak dan sama sekali memberi tenaga kepada anak-anak. Untuk maklumat terperinci, click link ini: https://portal.jazro.com.my/

1,602 views0 comments

Comments


bottom of page