top of page

Jazro Robotic Camp di Cyberjaya (Level 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada 27 Disember 2023, kami di Jazro Robotics dengan sukacitanya mengumkan program terbaru kami, Jazro Robotic Camp yang diadakan di Cyberjaya khas untuk level 3.


Dalam program ini, peserta akan diperkenalkan kepada konsep-konsep asas pembinaan robot, pengaturcaraan, dan teknologi berkaitan yang sememangnya mendebarkan. Mereka juga akan diajar cara menggunakan alat-alat dan perisian terkini untuk mencipta robot yang dapat bergerak, merakam data, dan menyelesaikan cabaran-cabaran yang diberikan.


Selain daripada pembelajaran yang berstruktur, peserta juga akan diberi peluang untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan robotik dan cabaran mencipta robot,


Program ini dijalankan oleh instruktor-instruktor berpengalaman dan pakar dalam bidang robotik untuk memastikan setiap peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Kami juga berharap agar program ini mampu merangsang minat dan kecintaan anak-anak terhadap bidang sains dan teknologi.


Terima kasih kerana memberi perhatian kepada program Jazro Robotic Camp. Kami berharap dapat berjumpa dengan anda dan anak-anak anda di Cyberjaya lagi!



3 views0 comments

Commenti


bottom of page