top of page

Dron, Teknologi Masa Depan Yang Bakal Memudahkan Kerja Manusia!

Updated: Sep 13, 2021

Sejak sedekad yang lalu, penggunaan dron semakin mendapat sambutan yang luarbiasa dikalangan pengguna masyarkat awam. Teknologi dron ini berasal daripada teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang banyak digunakan dalam bidang ketenteraan bagi mengintip atau memusnahkan pihak musuh.



Antara kegunaan dron yang paling popular adalah menangkap gambar atau mengambil video pada jarak yang tinggi. Sebelum ini, penggunaan helikopter adalah satu-satunya cara untuk mengambil gambar atau video pada jarak yang tinggi dan kos untuk mengambil video atau gambar adalah sangat tinggi apabila menggunakan helikopter dan juga jurukamera profesional. Dengan lahirnya teknologi dron, gambar sukar yang perlu diambil oleh jurugambar melalui helikopter kini hanya boleh diambil menggunakan dron dengan kos yang sangat rendah. Kini teknologi dron bergerak selangkah lagi maju ke hadapan dengan pengunaannya untuk menghantar barangan pengguna. Syarikat gergasi peruncitan telah melabur sejumlah besar wang bagi tujuan penyelidikan untuk menjayakan misi membangunkan dron bagi penghantaran barangan.




Di antara syarikat gergasi yang menggunakan dron untuk menjalankan penghantaran adalah Amazon, Walmart dan tidak ketinggalan syarikat penghantaran terkenal di Amerika Syarikat iaitu Fedex. Mereka membangunkan teknologi ini bagi memudahkan proses penghantaran kepada para pelanggan mereka. Di Malaysia juga, pengunaan dron semakin popular terutamanya di dalam sektor pertanian. Ramai pengusaha di luar sana yang menyediakan dron untuk melakukan proses pembajaan dan juga meracun tanaman padi para petani.




Dengan menggunakan teknologi ini, kerja pembajaan dan meyembur racun semakin mudah serta menjimatkan dan tidak mustahil dalam masa terdekat ini, Malaysia juga akan dilengkapi dengan dron penghantar barang dan pembelian online akan menjadi semakin rancak. Namun, penyelidikan dengan Gallup telah menunjukkan ketaksaksamaan yang kritikal dalam mengakses pendidikan komputer sains. Kami sedang berusaha untuk merapatkan jurang ini bagi memberi semua pelajar dari sekolah rendah sehingga peringkat menengah ilmu, kemahiran dan inspirasi supaya mereka berasa yakin untuk mengendalikan teknologi dron. Klik link untuk join sesi pembelajaran dron: ezy.la/DaftarDRONE

33 views0 comments
bottom of page