top of page

Tips tangani isu murid 'lesu' di kelas PdPR

Berdasarkan berita terkini di Sinar harian, sistem pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) yang kini diguna pakai oleh sistem persekolahan negara dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19, dilihat secara tidak langsung mencetuskan isu 'learning burnout' atau hilang motivasi untuk belajar dan membaca dalam kalangan pelajar khususnya murid sekolah rendah.


Isu ini dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kadar ketinggalan dalam pembelajaran yang mana berdasarkan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas kumpulan B40 di kawasan pangsapuri di sekitar ibu negara, didapati enam daripada 10 murid hilang motivasi untuk mengikuti PdPR.

Mengulas perkara itu, pensyarah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, isu keciciran pembelajaran dan 'learning burnout' perlu ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai pelajar tertinggal dalam pelajaran dan seterusnya mewujudkan 'lost generation'.

(Lost generation merujuk kepada kohort murid yang keciciran pendidikan sehingga menyebabkan tahap pencapaian pendidikan mereka lebih rendah berbanding kumpulan sebelumnya. Antara punca terjadi 'lost generation' ialah kehilangan waktu pembelajaran untuk tempoh yang lama akibat peperangan, bencana alam yang besar atau penularan wabak penyakit berjangkit berpanjangan)

Isu yang timbul ialah negara kita sebenarnya masih belum cukup bersedia untuk melaksanakan PdPR dalam talian. Ada dua sebab, iaitu ketidakmampuan dari segi penyediaan peranti yang sesuai dan teknik pembelajaran yang kurang efektif.


Apakah langkah untuk tangani masalah ini?

1) Menyediakan peranti dan kelengkapan pembelajaran yang sesuai. Di musim pandemik ini, kerajaan juga telah menyediakan skim untuk Ibu bapa bagi mendapatkan peranti secara percuma untuk kegunaan anak-anak.

2) Ubah pendekatan pembelajaran. Berdasarkan artikel Sinar harian, Dr Anuar menyarankan agar pelaksanaan PdPR diubah daripada berbentuk sistem persekolahan kepada sistem pembelajaran, iaitu tidak ada lagi konsep kehadiran kelas secara seragam sebaliknya menekankan aspek 'engagement' atau penglibatan mengikut keperluan dan kemampuan pelajar. Di Jazro, pelajar-pelajar dapat menghasilkan sendiri projek mereka dan yang menariknya, proses pembelajaran di Jazro sangat menekankan konsep ‘Hands-on’ ataupun kemahiran yang bukan sahaja dipelajari secara teori, malah murid-murid dapat mempraktikkan & megaplikasikan ilmu yang dipelajari terus dalam sistem. Layari link ini untuk maklumat lanjut: https://linktr.ee/JAZRO


3) Belajar kemahiran baru, kemahiran masa hadapan. Sertai kelas yang menarik & menyeronokkan untuk anak anda. Dapatkan bantuan tutor @ guru di kelas virtual yang sangat bersemangat dan mahu anak anda belajar & berubah untuk menjadi orang yang berjaya. Sertai kelas PERCUMA kami, kelas robotik & pengaturcaraan percuma selama 2jam di link: ezy.la/JTCFREE


DAFTAR SEGERA untuk dapatkan slot kelas percuma kami 🥳🥳🥳



250 views0 comments
bottom of page