Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Kita telah berada di penghujung bulan Mei dan lebih kurang seminggu lagi akan memasuki bulan Jun. Pada bulan tersebut juga, cuti sekolah penggal pertama bakal bermula. Kami di JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah di samping dapat mengukuhkan pengetahuan terhadap pembelajaran STEM, Robotik, dan Inovasi.
Program kali ini adalah mengenai Webinar Build Your Own Game: Super Easy for Beginner! Webinar ini diadakan pada 7 Mei 2022 dan berlangsung selama 1 jam bermula pukul 10 pagi hingga 11 pagi. Webinar ini juga diadakan secara ‘live’ di Facebook dan Youtube JAZRO. Di dalam webinar ini, para peserta dapat mempelajari cara membuat ‘game’ sendiri dengan mudah menggunakan perisian atas talian secara percuma.
Pada awal webinar, pengajar terlebih dahulu menerangkan silibus yang bakal dipelajari dan memberi pengenalan tentang asal usul ‘game’. Secara asasnya, kesemua ‘game’ yang ada di pasaran atau atas talian dihasilkan melalui pengaturcaraan (programming). Kemudian, ‘game’ itu dieksport ke platform yang sesuai seperti arcade, PC, console, dan mobile.
Seterusnya, para peserta diperkenalkan dengan mBlock, sebuah perisian pengaturcaraan percuma yang dapat dikendali dengan mudah pada peringkat kanak-kanak. mBlock dilengkapi dengan pelbagai templat, arahan, dan ikon-ikon yang menarik untuk menghasilkan sebuah game mengikut kehendak dan kreativiti masing-masing. Pengaturcaraannya sangat mudah kerana ia menggunakan block programming, di mana pengguna hanya perlu ‘click and drag’ sahaja arahan yang ada dan ikon yang dipilih akan bergerak atau melakukan tugasan mengikut pengaturcaraan yang dihasilkan.
Bagi mengukuhkan pemahaman terhadap pengaturcaraan dalam mBlock, pengajar menunjukkan cara menghasilkan sebuah ‘game’ Cat and Mouse di dalam perisian ini. Ikon kucing dan tikus dipilih dan dipaparkan pada skrin utama. Kemudian, arahan pergerakan kucing dan tikus itu dihasilkan melalui block programming yang disediakan.
Dalam pengaturcaraan tersebut, pengguna mengawal tikus menggunakan tetikus manakala kucing akan mengikuti pergerakan tikus itu. Apabila kucing bersentuhan dengan tikus, kucing akan mengiau menandakan tikus telah ditangkap.
Sepanjang webinar berlangsung, 8 orang peserta telah dipilih secara rawak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Selain itu, kesemua peserta yang menyertai webinar ini menerima e-sijil daripada pihak JAZRO.
Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah dan tahniah juga kepada peserta yang menyertai webinar ini. Dengan ilmu yang dicurahkan, kami berharap peserta mendapat serba-sedikit idea untuk menghasilkan sebuah ‘game’ yang mudah dan seronok. Semoga program seperti ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik, dan Inovasi. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi dalam program akan datang.
Comments