top of page
jazroteam

VIRTUAL ROBOTIC CAMP SESSION 1 ( 7-10 MAC )



Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua..Semoga kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.

Sekejap sahaja bulan Januari dan Februari telah meninggalkan kita. Kami dari JAZRO ROBOTIC telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar dan anak muda untuk mempelajari asas ilmu robotik. Program yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.





Entry kali ini adalah mengenai program yang kami anjurkan ‘VIRTUAL ROBOTIC CAMP SESSION 1 ( 7-10 MAC )’ berlangsung secara maya .kami mengadakan program ini di mana kami memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari pengaturcaraan dan robot . kami akan membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.. Semua pelajar boleh menyertai pertandingan ini & terbuka kepada mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun.





Di samping itu , kami juga membantu para pelajar untuk mengenali dan mempelajari cara menggunakan perisian yang bernama mBlock ialah perisian pengaturcaraan ‘STEAM’ yang direka untuk pengaturcaraan untuk kanak-kanak. Ia dibangunkan berdasarkan Scratch 3.0 dan kod Arduino. Ia menyokong bahasa pengaturcaraan berasaskan blok dan teks. Kami mengajarkan pelajar kami dengan cara membina permainan .Dalam modul ini, kami memberi tunjuk ajar kepada pelajar asas pengaturcaraan mBlock dan cara membina sebuah permainan sendiri.






Di akhir sesi pembelajaran pelajar akan menjawab kuiz interaktif untuk menguji kefahaman mengenai pelajaran yang telah mereka pelajari dalam ‘VIRTUAL ROBOTIC CAMP’ ini. Setelah selesai kuiz interaktif ,pelajar turut dapat menyemak dan mengetahui jawapan yang betul dan salah bersama tutor .Daripada kuiz interaktif tersebut , pelajar akan dinilai berdasarkan markah kuiz interaktif . Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan dianugerahkan pelajar terbaik bagi program VRC sesi 1.





Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri ‘VIRTUAL ROBOTIC CAMP’ sesi 1. Semua peserta yang menyertai program ini diberikan sijil penyertaan. Semoga dengan program ini, semoga dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.













34 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page