top of page

'Virtual' Kem robotik Jazro


'Virtual' Kem robotik Jazro Level 1 (19-22 disember 2022)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta. Entry kali ini adalah mengenai program robotik cuti sekolah iaitu Virtual Kem Robotik Jazro. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.


'Virtual' Kem robotik Jazro Level 2 (23-24 disember 2022)


Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta untuk menyertai pelbagai aktiviti seperti Wall Maze, football game, line detector, bounce ball dan sebagainya.


'Virtual' Kem robotik Jazro Level 2 (23-24 disember 2022)


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menyertai program Kem Robotik Jazro secara virtual. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.






10 views0 comments
bottom of page