top of page

LAWATAN LIBRARY UMK KE JAZRO K.TERENGGANU

Updated: Jun 18, 2022



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog kami. Semoga kekal ceria & sihat insya Allah. Bagaimana cuti sekolah adik-adik semua? Harap masa terluang adik-adik dipenuhi dengan perkara yang berfaedah Bersama keluarga tercinta. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti pada bulan Mei untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.


Pada 10 Mei 2022 (Selasa), kami menerima lawatan hormat dari pasukan 'Library Universiti Malaysia Kelantan (UMK)' & mengadakan UMK Open Day Simulation Bersama pihak mereka di Akademi kami, bangunan TD1303 di Kuala Terengganu. Bengkel ini adalah mengenai perbincangan antara pihak UMK dan JAZRO. Seramai 4 orang dari Universiti Malaysia Kelantan datang ke Akademi JAZRO pada pukul 2 petang.


JAZRO dan UMK memulakan perbincangan di bilik mesyuarat. Kemudian, pihak UMK membuat lawatan ke Akademi kami dan melihat demonstrasi 'Maze Challenge' dan 'Robosoccer' dengan menggunakan Mbot. Malah pihak JAZRO menerangkan serba sedikit berkenaan penggunaan Mbot dalam kelas dan program.





Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan dari pihak Universiti Malaysia Kelantan dan kami menerima pelbagai pendapat dengan hati berbuka. Kami harap hubungan antara JAZRO dan UMK tidak sampai sini sahaja. Terima kasih diucapkan kepada UMK kerana sudi kunjungi Akademi kami. Kami menantikan program bersama Universiti Malaysia Kelantan dengan harapan dapat membantu dalam pembangunan tahap Pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih sekali diucapkan.



14 views0 comments

Comentários


bottom of page