UCAPAN TAHUN BARU 2026 - HEAD OF JAZRO
- jazro admin
- Jan 6
- 2 min read

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua.
Syukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah Kurnia-Nya, dapat kita memasuki ke tahun baru 2026. Terima kasih untuk Tahun 2025 yang penuh dengan cabaran dan juga kejayaan yang dikecapi oleh Jazro Robotic Academy (JAZRO). Tahun kami melakar sejarah untuk menjadi robotik akademi yang terulung di Malaysia. 1 mandat besar telah diberikan kepada kami bagi meneruskan misi memberi impak kepada komuniti. Tahun 2025 juga banyak mengajar saya dan seluruh pasukan JAZRO dalam pengembaraan dan perjalanan memandaikan anak bangsa di Malaysia, dengan motto ‘Develop Digital Talents’, tidak dilupakan juga tujuan asal JAZRO ditubuhkan, iaitu untuk menyebarkan ilmu masa hadapan kepada generasi muda pada masa kini sekaligus untuk melahirkan modal insan digital yang penuh akhlak dan sahsiah untuk manfaat ummat sejagat.
Izinkan saya untuk berkongsi sedikit pencapaian yang boleh dibanggakan dan telah dicapai oleh pasukan JAZRO sepanjang 2025:-
Pengajuran PERTAMA Pertandingan Jazro Cup dengan penglibatan seramai 1,200 peserta dari seluruh Malaysia
Pembukaan cawangan licensee PERTAMA Jazro yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang
Jumlah pelajar yang terkumpul (2020-2025) ialah 126,676 orang
Seramai 39,522 orang telah menyertai program PAJSK Peringkat Kebangsaan anjuran Jazro Robotic Academy
Sejumlah 3,244 jam kelas robotik yang telah dijalankan
Mewakili Malaysia di 2 pertandingan robotik peringkat antarabangsa iaitu: IPRC 2025 di KOREA & MakeX Inter-Continental 2025 di INDONESIA.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program dan kelas robotik JAZRO, sokongan yang tidak terhingga kepada kami untuk terus berjuang dan bergerak dalam menjayakan program STEM dan robotik untuk pelajar di Malaysia. Semua program dan aktiviti sepanjang tahun 2025 kami rekodkan di sini sebagai rujukan untuk semua, boleh terus baca di sini: https://www.jazro.com.my/investor
Tahun 2026, tahun baru dimana kita diberikan lagi 365 hari untuk kita terus membuat kebaikan dan memberi manfaat kepada orang ramai. Fokus pada tahun 2026 adalah terus memandaikan anak bangsa dalam bidak pengaturcaraan, robotik & AI bagi. Selain itu, kami juga akan meneruskan program cawangan licensing untuk memberi peluang kepada mereka membuka cawangan JAZRO di tempat mereka.
Semoga tahun 2026 ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelum ini untuk kita semua. Jangan pernah berputus asa dalam perjalanan ini kerana orang berjaya tidak akan berputus asa jika dia telah mulakan sesuatu yang baru dan nampak mustahil bagi orang lain. Perjalanan seribu batu, bermula dengan Langkah pertama dan kita perlu mulakannya, sekarang! Ayuh, mara ke hadapan dan kita cipta lebih banyak sejarah di hadapan! Semoga Allah memudahkan urusan kita & mendapat keredhaan-Nya. All the best & Let's make the best of this year! Be a better person & a good servant of Allah 😊




Comments