
Assalamualaikum & Selamat sejahtera kepada semua,
Syukur ke Hadrat Ilahi, dengan limpah Kurnia-Nya, dapat kita masuk ke tahun baru, tahun 2025. Terima kasih untuk Tahun 2024 yang penuh dengan cabaran dan juga kejayaan yang dikecapi oleh Jazro Robotic Academy (JAZRO). Tahun yang banyak mengajar saya, pasukan JAZRO dan kami dalam pengembaraan dan perjalanan memandaikan anak bangsa di Malaysia, dengan motto ‘Develop Digital Talents’.
Izinkan saya untuk berkongsi sedikit pencapaian JAZRO sepanjang 2024:-
Jumlah pelajar yang terkumpul (2020-2024) ialah 74,650 orang
Sejumlah 9,135 pelajar telah menyertai program dan kelas JAZRO
Seramai 21,631 orang telah menyertai program PAJSK kami
Sejumlah 3,141 jam kelas robotik yang telah dijalankan
Sebanyak 358 program yang telah kami jalankan
Seramai 21,631 orang telah menyertai program PAJSK kami
Sejumlah 263 orang dilatih menjadi JAZRO Certified Robotic Tutor
Pencapaian Jazarians di No. 15 dari 300+ peserta dalam MakeX International Robotics Competition 2024 di Shenzhen, China.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program dan kelas robotik JAZRO, sokongan yang tidak terhingga kepada kami untuk terus berjuang dan bergerak dalam menjayakan program STEM dan robotik untuk pelajar di Malaysia.
Semua program, aktiviti dan pencapaian 2024 kami rekodkan di sini dengan aktiviti bulanan sebagai rujukan untuk semuam, boleh terus baca di sini: https://www.jazro.com.my/investor
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk tahun 2025, dengan pelbagai Amanat dan Tanggungjawab bagi memberikan ilmu teknologi robotik & pengaturcaraan kepada lebih ramai anak-anak Malaysia bagi mereka belajar & mendapat kesedaran tentang ilmu masa hadapan ini. Masih jauh perjalanan kami, semoga doa & sokongan dari anda dapat memberi semangat kepada pasukan JAZRO untuk terus ke hadapan 🚀🚀🚀 Ayuh, kita terus mara ke hadapan! Jumpa anda di program JAZRO pada tahun 2025! All the best & Let's make the best of this year! Be a better person & a good servant of Allah 😊
Comments