top of page
Writer's picturejazro admin

UCAPAN TAHUN BARU 2024 - ASSISTANT HEAD OF OPERATION



Assalamualaikum w.b.t


Saat tirai tahun 2023 melabuhkan diri, perasaan bercampur baur menyelimuti pikiran. Ada beberapa pencapaian yang telah tercapai dan ada juga kesulitan yang dihadapi. Di dalam setiap melabuhnya tirai, ada harapan baru yang mengintip dari balik layar kehidupan, membawa kepada perubahan dan kesempatan baru.


Mempertimbangkan pengalaman bekerja bersama rakan sekerja sepanjang tahun 2023, saya sangat bersyukur dapat merasakan kesan positif yang mereka bawa ke dalam team JAZRO. Keberadaan mereka tidak hanya memperkaya suasana kerja, tetapi juga memberikan sumbangan berharga terhadap kerjasama dan pencapaian tujuan bersama. Keterbukaan untuk saling membantu dan berkongsi pengetahuan tidak hanya meningkatkan produktiviti tetapi juga memberi suasana kerja yang penuh semangat dan harmoni. Hubungan yang baik di antara team JAZRO bukan sekadar sebagai rakan kerja profesional, tetapi juga membawa rasa persahabatan, memberi motivasi yang tinggi untuk terus berkembang dan meningkatkan prestasi yang lebih baik setiap hari.


Dengan pelbagai pencapaian yang telah diperolehi oleh JAZRO, saya dapat melihat masa depan yang cerah bagi JAZRO untuk terus melangkah ke hadapan dalam memajukan dan mendidik anak-anak bangsa dalam dunia teknologi bagi mencapai Industri Revolusi 4.0. Tambahan pula, saya juga menaruh harapan yang besar kepada jazarian untuk melihat lebih ramai di kalangan mereka bagi mewakili Malaysia dalam memasuki pertadingan-pertadingan robotik peringkat antarabangsa. Saya juga berharap Jazarian terus semangat mengeksplorasi dan mencipta pelbagai inovasi yang memberi kebaikan kepada semua dan negara.


Akhir kata, semoga kita semua diberkati dan diberikan kesihatan yang baik, keberanian untuk menghadapi rintangan, dan terus maju jaya dalam pelbagai bidang di tahun baru ini. Mari kita bersama-sama mengejar impian dan mencapai tujuan-tujuan yang kita tetapkan. Selamat menjalani mengembaraan hidup baru di tahun yang penuh harapan ini. Semoga tahun ini menjadi babak baru dalam buku kehidupan kita yang membawa banyak pencapaian kepada diri dan juga JAZRO.


Selamat Tahun Baru 2024!


Ikhlas,

Humaira binti Zulkafli

Assistant Head of Operation

JAZRO

32 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page