top of page

UCAPAN TAHUN BARU 2024 - HEAD OF JAZRO

Updated: Jan 24

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. Syukur kepada Allah SWT dan tahniah kepada semua kerana berada di tahun baru, tahun 2024! Terima kasih untuk Tahun 2023 yang penuh dengan cabaran dan juga kejayaan yang dikecapi oleh Jazro Robotic Academy (JAZRO). Tahun yang seronok untuk kami dalam pengembaraan dan perjalanan memandaikan anak bangsa di Malaysia, dengan motto ‘Develop Digital Talents’.

 

Izinkan saya untuk berkongsi sedikit pencapaian yang boleh dibanggakan dan telah dicapai oleh pasukan JAZRO sepanjang 2023:-

 

·      Mendapat pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records: The Most Participants in Robosoccer Competition’ bersama Pearl Point Shopping Mall

·      Sejumlah 8,356 pelajar telah menyertai program dan kelas JAZRO

·      Jumlah pelajar yang terkumpul (2020-2023) ialah 42,436 orang

·      Sebanyak 287 program telah dijalankan untuk pelajar dan guru

·      Sejumlah 354 guru telah menyertai program kami

·      Seramai 5,264 orang telah menyertai program PAJSK kami

·      Sejumlah 2,583 jam kelas robotik yang telah dijalankan

·      Sejumlah 3 pertandingan robotik yang telah disertai: Petrosains RBTX, KRON di Jakarta & MakeX 2023 di China.

 

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program dan kelas robotik JAZRO, sokongan yang tidak terhingga kepada kami untuk terus berjuang dan bergerak dalam menjayakan program STEM dan robotik untuk pelajar di Malaysia. Semua program, aktiviti dan pencapaian 2023 kami rekodkan di sini dengan aktiviti bulanan sebagai rujukan untuk semua..Jemput baca di sini: https://www.jazro.com.my/investor



Tahun 2024, tahun baru dimana kita diberikan lagi 366 hari (tahun lompat) untuk kita terus membuat kebaikan dan memberi manfaat kepada orang ramai. Fokus pada tahun 2024 adalah untuk meneruskan perjalanan kami untuk memberi nilai tambah kepada pelajar sekolah di Malaysia, terutama sekolah menengah & mereka yang berkeperluan khas (special needs). Selain itu, kami akan memfokuskan kepada program pra-francais (licensing) untuk memberi peluang kepada mereka membuka cawangan JAZRO di tempat mereka. Pakej pra-francais kami lengkap dengan set robotic, tablet pengaturcaraan, lesson plan, teaching slide, sesi Latihan kepada guru, buku pembelajaran, bahan pemasaran & semua perjanjian program JAZRO. Mari sertai kami menjadi JAZRO AUTHORISED ROBOTIC CENTER (JARC), dengan pelbagai hadiah hebat yang kami masukkan di dalam pakej JARC kami.


Semoga tahun 2024 ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelum ini untuk kita semua. Jangan pernah berputus asa dalam perjalanan ini kerana orang berjaya tidak akan berputus as ajika dia telah mulakan sesuatu yang baru dan nampak mustahil bagi orang lain. Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama dan kita perlu mulakannya, sekarang! Ayuh, mara ke hadapan dan kita cipta lebih banyak sejarah dihadapan! Semoga Allah memudahkan urusan kita & mendapat keredhaan-Nya. Salam perjuangan dari Sir Dzul.

47 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page