SELAMAT TAHUN BARU 2022

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita telah berada pada tahun 2022 setelah hampir 2 tahun kita berada dalam keadaan pandemik Covid-19 & terpaksa berada dalam situasi PKP. Ujian & dugaan ini amatlah besar & berat tetapi lihatlah di sudut positif di setiap ujian ini, seperti Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah, Ayat 5-6: “Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (QS. Al-Insyirah: 5-6). فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

JAZRO telah berada di pasaran Malaysia hampir 3 tahun sejak Mac 2019. Pelbagai suka & duka telah ditempuhi untuk dijadikan penanda aras & pengajaran bagi kami. Terima kasih kepada semua yang menyokong perjuangan kami sejak penubuhan kami & misi kami lebih besar kehadapan untuk membantu generasi muda, anak bangsa kita menjadi bangsa pencipta, melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia disamping mempunyai ilmu & kemahiran teknikal yang sangat tinggi atau disebut sebagsai mukmin professional.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk tahun 2022 ini, kami telah membuat perancangan bagi program secara atas talian hingga peringkat antarabangsa dengan rakan kolaborasi dari luar negara & program fizikal (mengikut SOP Fasa-4 PPN) di mana kita boleh membuat aktiviti praktikal bersemuka bersama robot & rakan-rakan Jazarian yang lain. Suka saya nyatakan pencapaian & kejayaan JAZRO sepanjang tahun 2021:- 1. Bilangan pelajar (Jazarian) yang telah mengikuti program kami adalah hampir 12,000 orang. 2. Bilangan guru yang terlibat dalam program kami (bengkel & kelas online) adalah hampir 500 guru dari seluruh negara. 3. Hampir 200 program yang telah dijalankan sepanjang 2021 (Program fizikal & atas talian) bagi memberi pendedahan digital, teknologi, robotik & pengaturcaraan. Jika dikira purata, 15-16 program setiap bulan! 4. Lebih daripada 400 jam waktu siaran kelas secara online Bersama Jazarian pada tahun 2021. 5. Juga telah menyertai pelbagai program anjuran agensi kerajaan, badan swasta, entiti luar negara dengan mewakili Malaysia dalam program ‘start-up & accelerator’ untuk membangunkan & memacu JAZRO terus ke hadapan.


Kepada ibu bapa, penjaga & guru pendidik anak bangsa, terus kuatkan semangat untuk melangkah lebih laju & lebih cergas kerana cabaran di masa akan datang adalah lebih hebat. Anak muda generasi moden ini perlukan sokongan & bimbingan dari kita untuk dibesarkan dalam acuan yang benar, dengan mengikut syariat & akhlak yang baik supaya mereka menjadi orang yang berjaya bukan hanya di dunia, tetapi berjaya di akhirat kelak. Kepada seluruh warga JAZRO, ayuh kita terus berjuang! Jauh lagi perjalanan kita, hari ini & segala pencapaian JAZRO adalah sebagai 1 permulaan perjalanan beribu batu di hadapan, jangan pernah kita penat, jangan pernah kita lalai tujuan asal kita. Bina anak bangsa yang berakhlak mulia di samping mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi di bidang digital, teknologi, robotik & pengaturcaraan di era Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) dan seterusnya.

Kepada anak muda Malaysia, jangan terleka dengan permainan duniawi, lalai dengan gajet yang dihidangkan di hadapan mata, seronok dengan internet tanpa sempadan & permainan video game yang dicipta untuk terus membawa kita ke lembah & kedudukan yang lemah! Kita perlu keluar dari kepompong selesa ini, pasangkan niat & tekad untuk menjadi bangsa pencipta pada masa akan datang. Gunakan otak & akal ciptaan Allah SWT untuk membina sesuatu ciptaan hebat untuk kegunaan masyarakat, pelbagai idea boleh diperoleh jika kita berfikir. Banyak ayat Al-Quran yang menyarankan manusia untuk berfikir, berfikir di sebalik penciptaan sesuatu perkara. Cipta sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat & seterusnya akan memberi pahala kepada kita, sehingga bila-bila. Subhanallah, Maha Suci Allah. Akhir kata, jika kita tidak bermula sekarang, bila lagi? Jika bukan kita yang mulakan, siapa lagi? Doakan semoga JAZRO akan terus berjaya di masa sekarang & akan datang. Saya doakan semuanya berada dalam kebaikan & mendapat keberkatan dari Allah SWT. Jaga kesihatan anda & keluarga. Jazakallah Khoirun Kathira. Semoga berjumpa lagi. Selamat Tahun Baru 2022. Terima kasih. Ikhlas dari saya, Ir.Dzulfarqeish Ketua Pengurus JAZRO.

39 views0 comments

Recent Posts

See All