top of page

Sekolah dibuka secara berperingkat 3 Oktober Ini?

Updated: Sep 13, 2021

4 SEPT: Satu pelan kecemasan telah disediakan Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya berlaku penularan jangkitan wabak COVID-19 di sekolah selepas pembelajaran bersemuka dimulakan pada Oktober ini.





Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pelan tersebut turut membabitkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang dirangka bersama-sama pakar di Kementerian Kesihatan (KKM).


Beliau turut mengesahkan bahawa sekolah juga tidak akan dibuka secara serentak mulai 3 Oktober, sebaliknya secara berperingkat-peringkat dan kini pegawai di KPM juga dalam proses mendapat pandangan pihak berkepentingan di seluruh negara dan memberi taklimat kepada guru serta pentadbir sekolah.


“Kita sedang mengadakan sesi libat urus. Apabila selesai, kita akan duduk balik dengan KKM berdasarkan pandangan dan input yang kita terima. Daripada situ, kita umumkan apa kaedahnya.


“Sekolah tidak akan dibuka serentak. Ia dibuka secara berperingkat atau fasa yang kita aturkan. Kita akan menjelaskan satu persatu. Ini satu pelan yang komprehensif, termasuk SOP baharu akan dilaksana.




“Kita juga ada pelan alternatif, sekiranya berlaku penularan COVID-19 di sekolah. Ia akan dijelaskan nanti,” katanya ketika ditemui media selepas melawat kerja baik pulih ke Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Nyak Gam di Yan Kedah, hari ini. -Suntingan artikel dari 1Media.my


Kami di JAZRO sangat rindu nak jumpa tuan puan secara bersemuka. Di musim pandemik, JAZRO fokus bantu anak tuan puan belajar robot secara atas talian, klik link ini untuk melihat gelagat anak-anak comel belajar di JAZRO > https://linktr.ee/JAZRO



17 views0 comments
bottom of page