top of page

Sasar nisbah 195 robot berbanding 10,000 pekerja

ISKANDAR PUTERI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan jumlah nisbah 195 unit robot berbanding 10,000 tenaga kerja manusia menjelang 2030.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi mencapai matlamat itu, teknologi robot yang boleh diterokai ialah teknologi robotik dron kerana sektor itu menjadi satu keperluan ketika ini.



Katanya, ketika ini nisbah jumlah robot kepada tenaga kerja manusia hanyalah sebanyak 55 unit berbanding 10,000 pekerja. "Majlis Sains Negara sudah meluluskan 'Robotic Talent Development Academy' dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di bawah beberapa kementerian termasuk MOSTI dan Kementerian Pendidikan (KPM).


"Kita bukan saja menganalisa keperluan semasa, tetapi juga melatih bakat melalui akademi itu yang tujuannya untuk memastikan nisbah robot kepada pekerja iaitu 195 robot kepada 10,000 pekerja menjelang 2030 tercapai," katanya selepas merasmikan majlis Prapelancaran Drone Edu Challenge 4IR (DEC4IR) 2022 di Tapak Pengujian Dron DRZ Iskandar di sini, hari ini. DEC4IR 2020 memberi impak positif kepada lebih 3,500 pelajar yang diberi pendedahan terhadap dron, robotik dan pengaturcaraan, selain 100,000 peserta lain yang menyertai program itu secara maya.



Dr Adham berkata, pada tahun ini, pihaknya menyasarkan pembabitan 5,000 peserta dalam kalangan pelajar di seluruh negara. "Saya berharap mereka akan menerima manfaat melalui pelbagai aktiviti dijalankan seperti pembelajaran anatomi dron, penyelesaian masalah menggunakan dron, pengendalian dan juga penerbangan menggunakan kod yang dibina sendiri. "Dengan adanya program seperti ini, saya yakin anak muda kita lebih bersemangat dan menyahut cabaran berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan tugasan serta aktiviti diberikan sepanjang tempoh program ini," katanya.


Sementara itu, Dr Adham berkata, MOSTI akan bekerjasama dengan KPM untuk memperkenalkan industri dan teknologi dron dalam silibus pendidikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada peringkat sekolah. Katanya, dengan kerjasama KPM ini, MOSTI yakin teknologi dron seperti reka bentuk, penggunaan dan kecerdasan buatan dapat diperkenalkan sebagai modul STEM dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.


"Ia untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan bidang STEM sebagai pilihan kerjaya masa depan yang mempunyai potensi luas untuk menjana ekonomi. "Teknologi dron ini akan berkembang lebih pesat, malah laporan 'Drone Industry Insights' tahun lalu menyatakan hasil industri dron dalam sektor komersial diramal berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 9.4 peratus menjelang 2026 di seluruh dunia dengan pasaran global dijangka mencapai sehingga AS$41.3 bilion," katanya. kredit: Berita harian


JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda, Click link di bawah untuk maklumat lanjut:



12 views0 comments
bottom of page