top of page

ROBOTICS DEMO OPEN DAY ASTANA X JAZRO

Updated: Apr 10, 2022



Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua..Semoga kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.

Entry kali ini adalah mengenai program pertama kami mengadakan ' Robotics Demo Open Day Astana x Jazro ' di mana kami akan mengadakan 2 aktiviti & pertandingan yang santai (Fun Robotic Games) berkaitan robotik & inovasi. kami mengadakan program ini di mana kami memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari robot Mbot. kami akan membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.. Semua pelajar boleh menyertai pertandingan ini & terbuka kepada mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun.

‘Robotics Demo Open Day Astana x Jazro’ pada bulan mac diadakan pada 19 Mac 2022 dengan pertandingan JAZRO Football League (JFL) iaitu serupa bola sepak robot dan pertandingan Mbot Maze Challenge. Acara tersebut telah disertai oleh 30 orang kanak -kanak dan remaja dari kawasan . Tahniah kepada peserta yang hadir kerana merebut peluang keemasan .

Setelah selesai taklimat berkenaan pendedahan kepada ibu bapa mengenai pontensi Pendidikan STEM , Robotik dan INOVASI . kami akan membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.

Maka bermulalah pertandingan JAZRO Football League (JFL) iaitu serupa bola sepak robot . Kemenangan ditentukan oleh pasukan yang berjaya menjaringkan gol dalam masa 6 minit masa penuh perlawanan dan peraturan ditetapkan oleh pengadil. Pertandingan ini berlansung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain JFL.


Manakala, di Pertandingan Mbot Maze Challenge Kemenangan ditentukan oleh pelajar yang berjaya mengharungi maze dengan masa tercepat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pengadil. Pertandingan ini berlangsung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain ‘ Mbot Maze Challenge.’


Tahniah diucapkan kepada juara & naib juara kerana membawa pulang hadiah kemenangan. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini diberikan sijil penyertaan. Semoga kita berjumpa di Program seterusnya akan datang di dalam perancangan kami .

Terima kasih & semoga berjumpa lagi. Salam sayang dari kami.


43 views0 comments
bottom of page