top of page

ROBOTIC DEMO OPEN DAY DIGITAL CLASSROOM EXPERIENCE CENTER (DCEC ) AR EDUTECH DI KLANG



Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua..Semoga kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai program pertama kami mengadakan 'JAZRO ROBOTIC DEMO OPEN DAY ' di mana kami akan mengadakan 3 aktiviti & pertandingan yang santai (Fun Robotic Games) berkaitan robotik & inovasi. kami mengadakan program ini di mana kami memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari robot Mbot. kami akan membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.. Semua pelajar boleh menyertai pertandingan ini & terbuka kepada mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun.


‘JAZRO ROBOTIC DEMO OPEN DAY’ pada bulan mac diadakan pada 6 Mac dengan pertandingan JAZRO Football League (JFL) iaitu serupa bola sepak robot dan pertandingan Mbot Maze Challenge. Acara tersebut telah disertai kanak -kanak dan juga remaja . Tahniah kepada peserta yang hadir kerana merebut peluang keemasan .



Setelah selesai taklimat berkenaan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari robot Mbot. kami akan membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.

Maka bermulalah ,pertandingan JAZRO Football League (JFL) iaitu serupa bola sepak robot . Kemenangan ditentukan oleh pasukan yang berjaya menjaringkan gol dalam masa 6 minit masa penuh perlawanan dan peraturan ditetapkan oleh pengadil . Pertandingan ini berlansung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain JFL .




Manakala , di Pertandingan Mbot Maze Challenge Kemenangan ditentukan oleh pelajar yang berjaya mengharungi maze dengan masa tercepat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pengadil . Pertandingan ini berlansung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain ‘ Mbot Maze Challenge.’




Tahniah diucapkan kepada juara & naib juara kerana membawa pulang hadian kemenangan. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini diberikan sijil penyertaan. Semoga kita berjumpa di Program seterusnya akan datang di dalam perancangan kami .

Terima kasih & semoga berjumpa lagi. Salam sayang dari kami.




36 views0 comments
bottom of page