ROBOTIC DEMO OPEN DAY DIGITAL CLASSROOM EXPERIENCE CENTER (DCEC) AR EDUTECH DI BANDAR BESTARI KLANG



Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana limpah kurnia-Nya, kita masih bersama keluarga tercinta bagi tahun ini.


Entry kali ini adalah mengenai program ‘Open Day’ pertama kami adakan di luar Pantai Timur iaitu 'JAZRO Robotic Demo Open Day’ dengan kerjasama Digital Classroom Experience Center (DCEC) AR Edutech di Klang, Selangor. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa aktiviti & pertandingan yang santai (Fun Robotic Games) berkaitan robotik & inovasi yang telah kami adakan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari robot Mbot. Kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.

Sepanjang ‘JAZRO Robotic Demo Open Day’ yang berlangsung pada 6 Mac 2022, kami telah mengadakan pertandingan JAZRO Football League (JFL) iaitu satu pertandingan bola sepak robot dan juga Mbot Maze Challenge. Acara tersebut telah disertai oleh 60 orang peserta sekitar daerah Klang. Terima kasih diucapkan kepada peserta yang hadir diatas sokongan yang diberikan.


Setelah selesai taklimat berkenaan pendedahan tentang cara untuk mengenali dan mempelajari robot Mbot, maka bermulalah pertandingan JAZRO Football League (JFL) iaitu pertandingan bola sepak robot. Pasukan yang berjaya menjaringkan gol dalam masa 6 minit, iaitu masa penuh perlawanan dan berjaya mengikut peraturan ditetapkan oleh pengadil akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini begitu sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain JFL.

Manakala, bagi pertandingan Mbot Maze Challenge pula, kemenangan ditentukan dengan ukuran masa. Pelajar yang terpantas mengharungi litar (maze) dan berjaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pengadil akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini turut mendapat sambutan luar biasa daripada para peserta & mereka begitu teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain ‘ Mbot Maze Challenge.’


Tahniah diucapkan kepada juara & naib juara kerana telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini diberikan sijil penyertaan. Semoga kita berjumpa di program akan datang di dalam perancangan kami. Terima kasih & semoga berjumpa lagi. Salam sayang dari kami.















35 views0 comments