Robot pembantu pembedahan berjaya dicipta oleh anak Malaysia
- Ismail Samsuddin
- Jan 9, 2022
- 3 min read

“Saya sedar keperluan teknologi perubatan yang mampu memberi peratusan keberkesan tinggi, terutama sekali di negara-negara yang tidak mempunyai bilangan pakar bedah yang mencukupi. “Atas sebab itu, saya bersama rakan seperjuangan lain mengambil keputusan untuk mengetengahkan projek mampu milik dengan menghasilkan satu ciptaan robotik dinamakan sebagai FreeHand ataupun robot kolaboratif tangan bebas”-Dr. Ramdas Senasi
Boleh boleh dikatakan kebanyakan kes perubatan semakin kompleks dan memerlukan pendekatan lebih canggih bagi menangani keperluan semasa, terutamanya dalam melakukan pembedahan. Banyak negara berhadapan dengan masalah kekurangan pakar bedah bagi menangani masalah ini. Menyedari akan permasalahan tersebut, ia mendorong Dr. Ramdas Senasi, 43, untuk menyumbang kepakaran dalam mengatasinya.
Sungguhpun telah melangkah jauh di ‘pentas’ antarabangsa, anak kelahiran Melaka itu menjadi satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia teknologi perubatan.
Ia selepas berjaya menubuhkan syarikat Imperial Medical Solutions (IMS) yang memperkenalkan robot bantu bedah berskala komersial.
Tambahnya, FreeHand yang dihasilkan dengan sokongan Jabatan Perdagangan Antarabangsa United Kingdom merupakan satu ciptaan robotik yang berkemampuan untuk membantu pakar-pakar bedah di seluruh dunia menjalankan pembedahan dengan lebih berkesan.
Untuk mengetengahkan ciptaan robotik berkenaan, beliau turut dibantu oleh rakan seperjuangan lain. Ia termasuk pakar bedah Ansanul Haq dan Prof. Tan Arumpalan serta Nazia Aftab yang merupakan seorang peguam. Sehingga kini, FreeHand telah membantu hampir 15,000 sesi pembedahan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, ciptaan robotik itu amat penting terutamanya untuk negara yang kurang mempunyai akses kepada dunia robotik untuk melakukan pembedahan secara bersepadu. FreeHand dapat membantu mengurangkan masa pembedahan, mengurangkan bilangan kakitangan terlibat, selain meningkatkan kemahiran pembedahan. Dalam sesuatu pembedahan, perkara yang amat penting adalah penglihatan.
Sebelum ini, ada pembantu yang bertugas memegang kamera bagi membolehkan pakar bedah mendapat tahu dengan tepat ke arah mana untuk menghalakan peralatan pembedahan. Namun dengan FreeHand, pembantu itu tidak diperlukan lagi dan pakar bedah boleh menggunakan alat berkenaan untuk mengawal apa yang mereka lihat. Sementara itu, siapa sangka sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian besar sebegini pada masa sekarang ditubuhkan di saat lockdown dijalankan di United Kingdom (UK) ekoran pandemik.
Ia dibangunkan atas dasar tanggungjawab tinggi bagi memastikan terdapat penyelesaian untuk menghadapi kekurangan pakar bedah di seluruh dunia.
IMS aktif mengorak langkah sehingga diiktiraf sebagai satu-satunya syarikat teknologi perubatan yang mempunyai kepakaran sedemikian di dunia. Dr. Ramdas sedar akan tanggungjawab besar yang digalas olehnya kini. “Sebagai seorang penasihat pediatrik radiologi di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK, saya senantiasa diberi mandat bagi membina integrasi antara pakar klinikal, segmen pendidikan dan juga dapatan melalui amalan praktikal. “Ia bertujuan meningkatkan lagi produktiviti dan keupayaan dalam usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti penyelesaian kes perubatan global,” ujarnya.
Berbicara mengenai pembabitan dalam teknologi perubatan, Dr. Ramdas memberitahu, ia bermula daripada hasratnya untuk membantu kekurangan bantuan perubatan yang dihadapi kebanyakan negara dunia ketiga serta cabaran bagi menanggung kos perubatan yang semakin meningkat saban hari. Dalam pada itu, merujuk kepada perdebatan mengenai penglibatan robot dalam bilik bedah mengurangkan peluang pekerjaan bagi doktor pakar, beliau menjelaskan, perkara sebegini seharusnya dibincangkan dalam konteks lebih positif. Ini kerana baginya, teknologi wujud bagi membantu manusia melakukan pekerjaan yang memerlukan ketepatan, kualiti dan kuantiti berpanjangan.
“Justeru, dengan memberi laluan kepada teknologi untuk berkembang di dalam bilik bedah, secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pakar bedah untuk meningkatkan produktiviti. “Hasilnya bakal dirasai oleh masyarakat di saat mereka memerlukan kemudahan tersebut,” ulasnya. K Online
JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda & JAZRO jemput anda join secara PERCUMA, Click link di bawah untuk join:





I found this article both informative and easy to follow. Choosing quality materials and experienced installers always makes a noticeable difference in the final result. Homeowners interested in Tiles Installation In Costa Mesa, CA will appreciate the useful tips and professional advice shared here.
Excellent write-up with clear explanations and useful tips. Properly installed walkways make a huge difference in both appearance and safety. I recommend checking out Concrete Sidewalks and Walkways In Atlanta GA for more detailed information.
This article does a great job encouraging readers to take a proactive approach toward financial planning. The advice is practical and relevant for everyday life. I also found Credit Repair Assistance in El Paso, TX to be another informative resource on similar topics.
Many professionals recognize that commercial management helps organizations maintain financial control while balancing contractual obligations and operational goals. This area combines business awareness with practical decision-making, making it valuable for complex projects. As industries continue to evolve, commercial expertise remains highly relevant in supporting sustainable growth. The College of Contract Management is often mentioned in discussions surrounding these professional responsibilities. A strong commercial strategy often plays a significant role in determining project outcomes across different industries.
Looking at how projects are managed reveals the importance of structured approaches. The concept of online construction management courses supports these approaches. It ensures that processes are organized and efficient. This leads to better project outcomes. The College of Contract Management highlights these systems. This improves clarity.