Robot 'Makcik Kiah 19' bantu petugas di hospital tangani Covid-19

Updated: Mar 8


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama-sama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan DF Automation and Robotics Sdn Bhd (DF) telah membangunkan Sistem Robot Penghantaran Hospital, sebagai usaha membantu petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan menangani wabak Covid-19.


Robot itu yang diberi nama “Makcik Kiah 19” (MCK19) adalah Robot Penghantaran Pertama Buatan Malaysia untuk hospital bagi membantu petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam memberikan khidmat kepada pesakit Covid-19. Menurut UTM dalam kenyataan hari ini, projek itu dimulakan pada permulaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diketuai pengasas bersama DF, Prof Madya Dr Yeong Che Fai daripada Kajian Kejuruteraan Elektrikal, UTM.


“MCK19 menggunakan Zalpha, robot komersial DF yang berupaya menampung berat sehingga 300kg atas raknya dan mampu melakukan navigasi secara automatik untuk membantu doktor dan jururawat dalam menghantar makanan dan ubat-ubatan ke bilik pesakit.


“MCK19 djangka diuji di HCTM pada akhir minggu ini. Sekiranya robot ini didapati boleh digunakan, DF komited untuk mengeluarkan robot itu secara besar-besaran untuk dibekalkan ke hospital di Malaysia atau mana-mana organisasi yang memerlukannya. “Untuk jangka panjang, pasukan itu merancang untuk mengeluarkan robot yang mempunyai rekaan yang lebih mirip manusia dan mesra manusia,” katanya. Sementara itu, Yeong berkata DF menawarkan penyelesaian robotik kepada industri sejak 2012 dan percaya ia dapat membantu dalam menjalankan banyak tugas bagi mengurangkan kehadiran manusia seperti perkhidmatan penghantaran, disinfeksi, pembersihan, pemantauan dan perkhidmatan lain.


“MCK19 akan menjadi ujian perintis pertama kami, jika robot ini berfungsi dengan baik, kami akan teruskan dengan aplikasi lain,” katanya. Sementara itu, Pengarah Hospital Canselor Tuanku (HCTM), UKM, Prof Dr Hanafiah Harunarashid menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama itu. Bagi pihak HCTM (UKM), saya berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan MOSTI dan pasukan daripada UTM dan DF untuk membangunkan robot penghantaran hospital ini, yang pertama di Malaysia.


“Ini adalah buat julung kalinya akan digunakan khusus untuk membantu sistem penjagaan kesihatan yang terbeban semasa pandemik dan wabak ini. Saya menjangkakan robotik dan automasi akan memainkan peranan penting di hospital dalam waktu terdekat untuk meningkatkan sistem penyampaian penjagaan kesihatan,” katanya. Naib Canselor UTM Prof Ir Dr Wahid Omar berkata penciptaan robot itu merupakan satu lagi usaha UTM untuk membantu memerangi virus itu, selaras dengan inisiatif universiti untuk menyejahterakan kehidupan.


Sumber : Bernama, Apr 8, 2020


JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda & JAZRO jemput anda join secara PERCUMA, Click link di bawah untuk join:


http://ezy.la/JTCFREE

http://ezy.la/JTCFREE

http://ezy.la/JTCFREE



14 views0 comments

Recent Posts

See All