top of page

Robot bersih lantai pertama ciptaan Malaysia diguna di hospital

Updated: Feb 23, 2022



Hospital Tampin antara hospital yang menggunakan perkhidmatan penggunaan robot pembersih lantai yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja serta menjimatkan 60 peratus bahan kimia digunakan untuk mencuci berbanding pencucian secara manual. - Foto BERNAMA



"Ia mengurangkan pembabitan pekerja, sekaligus risiko pendedahan terhadap penularan virus COVID-19 juga rendah apabila robot ini boleh menjalankan pembersihan lebih efisien di hospital, selain mudah dikendalikan menerusi teknologi dan perisian tersendiri. Sememangnya kita sudah ke arah IR 4.0 dan ia memberi nilai tambah kepada modal insan itu sendiri. Jika dahulu pekerja menggunakan tenaga sendiri untuk mencuci, kini taraf kemahiran mereka dipertingkatkan apabila mampu menguruskan dan menyelenggara robot tersebut," Asyraf Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Ideasparq Robotics Sdn Bhd


Sekumpulan anak tempatan daripada syarikat penyedia solusi robotik Ideasparq Robotics Sdn Bhd (Ideasparq Robotics) mencatat sejarah, apabila berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama untuk kegunaan di hospital. Ketua Pegawai Eksekutif Ideasparq Robotics, Asyraf Abdul Rahman, berkata kejayaan itu seiring dengan pembangunan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) apabila ia membabitkan 100 peratus tenaga kerja tempatan terdiri daripada 20 siswazah universiti dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, reka bentuk dan teknologi maklumat (IT).


Beliau berkata penghasilan robot pembersihan lantai itu, yang mempunyai fungsi empat dalam satu iaitu cuci, mop, sapu dan vakum, dimulakan pada 2020 dan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan dengan kos keseluruhan RM600,000 bagi sebuah robot termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). "Kita telah bekerjasama dengan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital Medivest Sdn Bhd, iaitu membekalkan mereka dua hingga tiga unit robot pembersihan lantai di tiga hospital iaitu Hospital Tampin di sini, Hospital Jasin, Melaka dan Hospital Sultan Ismail di Johor.



"Matlamat kami adalah untuk memastikan proses pembersihan dan pencucian serta sanitasi di hospital dijalankan dengan selamat memandangkan robot ini bergerak secara automatik," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Tampin di sini, hari ini. Kata beliau, hasil penyelidikan mendapati kualiti pembersihan dengan menggunakan robot tersebut meningkat sebanyak 60 peratus berbanding proses pembersihan secara manual.


Asyraf berkata, ciptaan itu juga bertepatan keperluan norma baharu terutama apabila negara menghadapi penularan COVID-19, dengan mewujudkan persekitaran yang selamat khususnya kepada pekerja pembersihan di hospital. Dalam pada itu, jelas beliau selain di hospital, robot pembersihan lantai itu juga telah digunakan di Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh, Perak pada November 2020. "Setakat ini, sebanyak 10 unit robot telah dijual. Sasaran pasaran adalah di hospital, namun produk ini juga telah mula diperkenalkan di hotel, hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan tempat awam lain," katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi Medivest Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Ishak berkata penghasilan robot tersebut dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, selain mampu menjimatkan sehingga 60 peratus bahan kimia yang digunakan untuk mencuci. "Menerusi ujian penggunaan robot di hospital, kami dapati berlaku penjimatan 30 peratus tenaga pekerja, apabila sebuah robot boleh melakukan tugas bagi tiga orang pekerja dan kerja pembersihan dapat disiapkan dalam tempoh sejam," katanya sambil menambah robot berkenaan boleh beroperasi selama enam jam tanpa henti.


Muhammad Firdaus berkata penggunaan robot pembersih lantai itu akan diperluas ke hospital lain dengan sasaran 19 hospital menerusi fasa kedua sebelum akhir tahun ini.- BERNAMA



Best kan? Ibu ayah, apa perasaan anda anak-anak mahir coding? JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda, Click link di bawah untuk join:





36 views0 comments
bottom of page