RETREAT: TEAM ALIGNMENT & PERFORMANCE REVIEW
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Semoga anda sekeluarga sihat dan ceria sentiasa. Syukur ke hadrat ilahi, kita masih dapat menikmati udara segar serta melihat keindahan alam yang dikurniakan oleh sang Pencipta.
Entri kali ini adalah mengenai program Retreat Team Alignment & Performance Review bersama kakitangan Jazro yang terpilih yang telah diadakan pada 26 sehingga 28 Julai 2022 bertempat di Royale Chulan Chalet Cherating, Pahang. Program 3 hari 2 malam ini diadakan bertujuan untuk melihat semula prestasi dan pencapaian Jazro pada enam bulan pertama tahun 2022 bagi penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan kepada Jazarian dan mengembangkan lagi ilmu robotik di peringkat tertinggi.
Pada hari pertama, kami memulakan sesi pertama dengan sesi “Exploring the Magnificient World of Fireflies” pada jam 8.00 malam. Alhamdulillah, perjalanan menaiki bot selama satu jam lebih memberikan peluang kepada kami untuk melihat keindahan dan kebesaran yang dicipta oleh Allah SWT pada malam tersebut serta serba sedikit pengetahuan mengenai jangka hayat kelip-kelip yang disampaikan oleh Encik Hafiz selaku penyelidik kelip-kelip dan “members of the nature society (MNS)”.
Kami meneruskan program kami pada hari kedua dengan sesi yang seterusnya iaitu Team Aligment bahagian 1 bersama coach ABA, Encik Sham Afzan pada sebelah pagi dan bahagian kedua iaitu sesi brainstorming bersama semua peserta diteruskan pada sebelah petang selepas makan tengahari. Disini kami dapat melihat perancangan dan hala tuju Jazro dalam masa terdekat dan kehadapan. Tepat jam 4.30 petang, kami tamatkan sesi Team Alignment tersebut dan semua peserta meneruskan akviti riadah masing-masing secara bebas.
Disebelah malam pula, kami teruskan perjalanan kami ke Jaman Tory Resipi di Bandar Indera Mahkota, Kuantan untuk menikmati makan malam disana. Kami sempat selitkan sesi perkongsian ilmu personal branding oleh usahawan Aiman Hakim Nordin dan upacara penghargaan kepada beberapa orang kakitangan kami yang baru sahaja diserap sebagai kakitangan tetap di syarikat ini.
Pada hari terakhir disana, kami akhiri program retreat kami dengan sesi perkongsian ilmu bersama seorang influencer/content creator, Cik Suzie Dahlan dalam “Magnetic Personal Branding”. Banyak ilmu dan info berkaitan sosial media dan tips yang kami boleh gunakan bagi menaikkan lagi jenama Jazro.
Diharapkan program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini memberi manfaat dan segala input serta output yang dikenal pasti dapat dilakukan demi memajukan lagi institusi ini. Semoga terus kekal sebagai “SATU”. Terima kasih dan semoga kita dapat berjumpa lagi di program lain.
Comments