Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua. Kita telah pun memasuki bulan ketiga bagi tahun 2022. Kami dari JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar dan anak muda untuk mempelajari asas ilmu robotik yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.
Entry kali ini adalah mengenai program JAZRO VIRTUAL ROBOTIC CAMP sesi 2 yang diadakan secara dalam talian. Program ini atau dikenali sebagai VRC sesi kedua bermula pada 14 Mac 2022 (Isnin) sehingga 17 Mac 2022 (Khamis). Kami mengadakan program ini, untuk memberikan pendedahan dan ilmu tambahan kepada para pelajar mempelajari ilmu pengaturcaraan pergerakan kereta robot bagi menyelesaikan misi di dalam cabaran dalam modul VR VEX CODE.
Selain itu, kami juga membantu para pelajar untuk mengenali dan mempelajari modul aplikasi MBLOCK iaitu perkara asas yang perlu untuk membangunkan sebuah permainan video secara dalam talian. Di dalam modul ini, kami memberi tunjuk ajar kepada pelajar asas pengaturcaraan mBlock bagi tujuan untuk membangunkan sebuah permainan sendiri.
Dalam program ini juga, kami sediakan modul lets counting colours iaitu modul pengaturcaraan pergerakan robot untuk memilih warna. Dalam modul ini pelajar akan mempelajari ilmu pengaturcaraan untuk memberi arahan mengawal pergerakan robot untuk memilih warna mengikut arahan yang telah ditetapkan di dalam pengaturcaraan. Di akhir sesi pembelajaran, pelajar akan menjawab kuiz untuk menguji kefahaman pelajar mengenai pelajaran yang telah mereka pelajari dalam program ini. Daripada keputusan kuiz tersebut, pelajar akan dinilai untuk pemarkahan. Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan dianugerahkan sebagai pelajar terbaik bagi program VRC sesi 2.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program JAZRO VIRTUAL ROBOTIC CAMP sesi 2. Semua peserta yang menyertai program ini diberikan sijil penyertaan. Semoga dengan program JAZRO ROBOTIC CAMP ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Σχόλια