top of page

PROGRAM JAZRO ROBOTIC CAMP DI OSTIA BANGI BUSINESS EVENUE-BANGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh bersama-sama dengan keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai program JAZRO ROBOTIC CAMP yang diadakan di OSTIA BANGI BUSINESS EVENUE pada 11 Jun 2022 (Sabtu ) sehingga 12 Jun 2022 (Ahad). Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot. Kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mempelajari pendidikan STEM, Robotik di Malaysia.





Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.





Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program JAZRO ROBOTIC CAMP. Semua peserta yang menyertai program ini telah diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi.



Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.




16 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page