top of page

PROGRAM JAZRO ROBOTIC CAMP DI NALURI PRESCHOOL BANGI



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh bersama-sama dengan keluarga tercinta.


Entri kali ini adalah mengenai program JAZRO ROBOTIC CAMP yang diadakan di Naluri Preschool Bangi pada 05 Mac 2022 (Sabtu) sehingga 06 Mac 2022 (Ahad). Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot. Kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mempelajari pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.


Justeru itu, program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program JAZRO ROBOTIC CAMP. Semua peserta yang menyertai program ini telah diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi.


Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.


Komentarze

Nie można załadować komentarzy
Wygląda na to, że wystąpił problem techniczny. Spróbuj ponownie połączyć lub odświeżyć stronę.

CONTACT US

Jazro Hotline Number: +6018-5778242

JAZRO TECHNOLOGY ROBOTICS SDN BHD
(SSM NUMBER: 1385569-H)

Aras 1, Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, MALAYSIA.

Newsletter Signup

Join the JAZRO Community and stay updated with our latest news!

fb-06.png
socmed
ig-06.png

© 2025 JAZRO™ Copyright. All Rights Reserved.

bottom of page