top of page
jazroteam

PROGRAM JAZRO MINI CLASS GAME MAKING COURSE


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua. Alhamdulillah kita telah berada pada tahun 2022 setelah hampir 2 tahun kita berada dalam keadaan pandemik Covid-19. Kami dari JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar untuk mempelajari asas ilmu robotik yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.

Program kali ini adalah mengenai program JAZRO MINI CLASS GAME MAKING COURSE LEVEL 1 atau dikenali sebagai GMC LEVEL 1 yang diadakan secara dalam talian. Program ini berlangsung pada 09 Mac 2022 (Rabu). Objektif kami mengadakan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mempelajari ilmu pengaturcaraan yang sesuai dengan tahap kemahiran para pelajar berdasarkan perisian Scratch 3.0 dan Arduino.

Selain itu, kami juga membantu para pelajar untuk mengenali dan mempelajari modul aplikasi mBlock iaitu aplikasi untuk mempelajari ilmu pengaturcaraan melalui pembinaan sebuah permainan video secara dalam talian.

Dalam program ini, kami menyediakan modul basic maze game di mana peserta perlu menyelesaikan misi dalam maze game yang menarik dan menyeronokkan. Program ini sangat membantu para pelajar untuk memberi pendedahan dunia teknologi pada masa kini sesuai dengan revolusi terkini iaitu IR 4.0.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program JAZRO MINICLASS GAME MAKING COURSE LEVEL 1. Semoga dengan program ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.


24 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page