Search
  • dzul farqeish

Program CSR JAZRO: Kelas Robotik Maahad Tahfiz Mutiara

Assalamualaikum & salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga kekal ceria & sihat insya Allah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan-Nya dapat kita terus hidup & bernafas di atas muka bumi ini di samping keluarga tercinta .

Alhamdulilah, kelas MakeX 2020 pertama bersama pelajar Maahad Tahfiz. Ini adalah kelas robotic CSR bersama komuniti yang kami usahakan, dijalankan sebulan sekali di Akademi JAZRO. Semoga mereka dapat bersama bersaing dalam dunia teknologi pada masa hadapan kelak. Kami akan membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.

Peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar . Sepanjang kelas diadakan , robot dan tablet kami sediakan , Jazarian hanya datang bawa diri dan botol air sahaja .Selain itu , Jazarian perlu sediakan diri untuk menerima ilmu baru , ilmu teknologi masa depan .



Pembelajaran secara santai, 'fun learning' bagi memastikan Jazarian dapat faham dengan lebih mudah. Jazarian dikehendaki melakukan pengaturcaraan terhadap unit mBot untuk menyelesaikan beberapa tugasan..Perbincangan dalam kumpulan juga ditekankan bagi menyelesaikan cabaran setiap kelas. Tahniah semua kerana berjaya selesaikan cabaran kelas pertama.

Alhamdulillah kelas MakeX 2020 bersama pelajar Maahad Tahfiz berjalan lancar dan semoga jazarian dapat menangkap ilmu yang diajarkan. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat. Semoga berjumpa di kelas yang seterusnya.. Jazakallahu Khairan Kathira.

Assalamulaikum & jumpa lagi. =)

3 views
fb-06.png
yt-06.png
ig-06.png

Newsletter Signup

Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, Malaysia

© 2020 JAZRO Copyright. All Rights Reserved.