Search
  • dzul farqeish

Pertandingan Robotik Kuala Terengganu 2020 (Anjuran bersama JTECH BERHAD)

Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua..Semoga kekal ceria & sihat insya Allah..Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta =)










Pada entry kali ini, menceritakan tentang program pertandingan robotik yang diadakan di Terengganu anjuran bersama JAZRO TECHOLOGY BERHAD (JTECH). Pertandingan robotik diadakan untuk memberi pembelajaran dan peserta dapat mendalami ilmu tentang robotik ini. Siapa yang tidak mengikuti pertandingan ini akan terlepas peluang kerana peserta yang mengikut pertandingan ini akan membawa pulang hadiah untuk pertandingan robotik. Pertandingan yang diberikan kepada peserta adalah maze robot mbot dengan pertandingan bola mbot. Pertandingan maze robot mbot ini pula setiap peserta perlu menyelesaikan maze mbot dengan masa paling pantas dan setiap peserta akan dinilai oleh juri untuk melihat berapa pantas peserta tersebut dapat selesaikan maze robot. Selain itu, pertandingan bola mbot ini pula setiap kumpulan memiliki 3 orang pemain dan setiap permainan ini dimulakan peserta yang berkumpulan perlu mencari score melalui pertandingan ini untuk mencari kumpulan mana yang memiliki score paling banyak. Pertandingan robotik berjalan dengan lancer, semua peserta kelihatan seronok dengan program yang diberikan kali ini.











Hadiah istimewa untuk pemenang bagi pertandingan ini. Setelah selesai pertandingan robotik ini kami telah menemui beberapa orang pemenang untuk pertandingan ini dan peserta akan membawa pulang hadiah dengan sijil penyertaan dari pihak penganjur. Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah mengikuti pertandingan robotik ini, walaupun tidak memenangi hadiah peserta ini juga dapat menerima sijil penyertaan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang kerana dapat menyelesaikan pertandingan robotik dengan jayanya, jumpa di pertandingan robotik yang akan datang.



Terima Kasih juga kepada semua dan pihak-pihak yang telah terlibat untuk menjayakan pertandingan robotik ini. Pertandingan ini selesai dan berjaya mencapai target. Jumpa di pertandingan robotik seterusnya.

Assalamulaikum & jumpa lagi.



4 views
fb-06.png
yt-06.png
ig-06.png

Newsletter Signup

Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, Malaysia

© 2020 JAZRO Copyright. All Rights Reserved.