Search
  • dzul farqeish

Pelancaran JAZRO Ebook (JAZRO IOT Project Ebook & JAZRO Mbot Ebook )

Asslamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua..Semoga kekal ceria & sihat insya Allah..Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.


Sukacita dimaklumkan untuk pelancaran JAZRO eBOOK!!

JAZRO ROBOTIC ACADEMY telah melancarkan 6 edisi buku berkaitan dengan IoT dan 5 edisi buku berkaitan Mbot. Adakah anda tahu apa itu IoT, IOT ialah singkatan kepada Internet of Things. Ia adalah satu konsep di mana peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan dengan internet dan berlaku pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian. Jika ia boleh dihubungkan dengan rangkaian internet atau menjadi sebahagian daripada mesin yang berhubung dengan internet, dan ada pemindahan data, ia dikategorikan sebagai IoT. Ini termasuklah camera, lampu, pembancuh kopi, mesin basuh, pembaca nadi, telefon, smartwatch, alat sensor cahaya dan bunyi, palang dan pagar rumah, rantai di leher kucing dan pelbagai lagi.

Mari kita lihat beberapa contoh di mana konsep IOT digunakan:-

1. Seperti kebanyakan rumah hanya rumah biasa tanpa Iot. dengan projek ini dapat digunakan untuk memberitahu pengguna mengenai kebakaran di rumah sekiranya pemilik tiada di rumah Ketika itu. Selain itu, pengguna dapat memantau rumah mereka di mana sahaja mereka berada ketika pengguna tiada di rumah.


2. alat untuk mengesan banjir IoT, sistem pengesanan banjir adalah sistem yang mengesan paras air secara waktu semasa menggunakan sensor ultrasonic dan ia akan menghantar bacaan data melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi blynk. ia juga dapat menghantar penggera berdasarkan paras air dengan menggunakan aplikasi blynk.


3. Smart watering system, adalah sistem automatik yang digunakan untuk melihat kelembapan tanah dan mengawal pam air untuk diberikan kepada tanaman tersebut. Ia menggunakan sensor kelembapan tanah dan sensor paras air untuk mengawal pam air dan dapat dipantau melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi blynk.


4. I-Grill sysyem, adalah sistem yang direka untuk membantu pemilik keluar rumah dengan pantas sekiranya berlaku kebakaran dan direka untuk mengurangkan risiko terjebak di dalam rumah. Sistem automatik ini menggunakan MQ-2 smoke sensor dan modul bluetooth untuk mengawal kunci solenoid dan telefon pintar pula digunakn untuk menghidupkan / mematikan kunci pintu solenoid secara manual.

Dengan IOT ini dapat menggunakan hanya dengan smartphone atau digunakan secara automatic,contoh-contoh Iot diatas diambil berasaskan daripada edisi buku JAZRO eBOOK. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut kelebihan dan pengetahuan IOT dari pengetahuan kosong? Ingin mengetahui lanjut mengenai projek IOT? Dapatkan JAZRO eBOOK di akaun JAZRO HQ shopee. Terima kasih. Dapatkannya di sini, klik: https://shopee.com.my/jazrohq?v=2af&smtt=0.0.3

17 views
fb-06.png
yt-06.png
ig-06.png

Newsletter Signup

Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, Malaysia

© 2020 JAZRO Copyright. All Rights Reserved.