top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

DEMO DAY SK SERI NILAM

Updated: Aug 24, 2022


Assalamualaikum & salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadrat ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai program bulan Ogos diadakan pada 16/8/2022 iaitu ' DEMO DAY SK SERI NILAM' di mana kami mengadakan taklimat berkenaan pendidikan stem, robotik dan inovasi & permainan yang santai (Fun Robotic Games) berkaitan robotik & inovasi. Program ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengetahui dan mempelajari tentang robot. Apa yang menariknya, kami membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan stem, robotik dan inovasi. Semua pelajar boleh menyertai program seperti ini & terbuka kepada mereka yang berumur 9 hingga 12 tahun.



Antara yang menjadi tumpuan murid-murid ialah sesi pengenalan Pertandingan robotik iaitu MakeX. Ianya ialah platform pertandingan robotik yang menggalakkan pembelajaran pelbagai disiplin dalam bidang sains dan teknologi. Ia bertujuan untuk membina dunia di mana pendidikan STEM sangat dihargai dan di mana golongan kanak-kanak dan remaja bersemangat tentang inovasi dengan melibatkan mereka dalam Pertandingan Robotik yang menarik dan mencabar.


Setelah selesai taklimat, bermulalah permainan ‘Climb Network‘. Kemenangan ditentukan oleh peserta yang berjaya mengharungi halangan yang bermula dari tempat mula ke tempat tamat dengan masa yang terpantas dan mematuhi peraturan ditetapkan oleh pengadil. Pertandingan ini berlansung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain permainan ini.





Tahniah diucapkan kepada SK Seri Nilam. Semua para pelajar yang menyertai pertandingan ini turut diberikan sijil penyertaan. Semoga kita dapat berjumpa di program seterusnya. Terima kasih & salam sayang dari kami.

31 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page