top of page

Open Day Cyberjaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat berpuasa & semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai 'Open Day' yang diadakan di Cyberjaya. Pameran ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta terutamanya ibu bapa tentang program JAZRO, cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.


Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri 'Open Day' bersama JAZRO. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.



35 views0 comments

Comments


bottom of page