top of page

MINICLASS MICROBIT 10 MAC 2022


Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat bersama dengan keluarga tercinta.

Sekejap sahaja bulan Januari dan Februari telah meninggalkan kita. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar dan anak muda untuk mempelajari asas ilmu robotik. Program kami memfokuskan kepada pembangunan pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.

Entry kali ini adalah mengenai program yang kami anjurkan ‘MINICLASS MICROBIT 10 MAC 2022‘ berlangsung secara maya. Kami mengadakan program ini di mana kami memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari pengaturcaraan dan komponen. Kami membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Semua pelajar boleh menyertai kelas ini kerana ia terbuka kepada pelajar yang berumur 7 - 17 tahun.

Selain itu, kami juga membantu para pelajar untuk mengenali dan mempelajari modul perisian atas talian iaitu Editor MakeCode Microsoft untuk mempelajari ilmu pengaturcaraan dan secara dalam talian. Dalam modul ini, kami memberi tunjuk ajar kepada pelajar asas pengaturcaraan micro:bit ialah komputer bersaiz poket yang memperkenalkan anda kepada cara perisian dan perkakasan berfungsi bersama. Ia mempunyai paparan lampu LED, butang, penderia dan banyak ciri input/output yang, apabila diprogramkan, ia akan berinteraksi dengan anda dan dunia anda.

Dalam program ini juga, kami menyediakan modul pengaturcaraan pergerakan untuk mengatur dan merancang sehingga dapat menyelesaikan misi yang diberikan. Program ini sangat membantu para pelajar dalam memberi pendedahan dunia teknologi pada masa kini sesuai dengan revolusi yang sedang berlaku iaitu Revolusi Industri 4.0 yang merujuk kepada fasa baharu dalam Revolusi Perindustrian yang banyak menumpukan pada kesalinghubungan, automasi, pembelajaran mesin dan data masa nyata.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program JAZRO MINICLASS MICROBIT. Semoga dengan program ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.


15 views0 comments
bottom of page