top of page

Millennial Inventor Outreach SRIDI Pengkalan Berangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh bersama-sama dengan keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai program Millennial Inventor Outreach yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Darul Iman Pengkalan Berangan pada 20 September 2022. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot. Kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mempelajari pendidikan STEM, Robotik di Malaysia.




Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.



Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program Millennial Inventor Outreach. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi.



Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.



17 views0 comments
bottom of page