top of page

Millennial Inventor Outreach SMKA MELOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh bersama-sama dengan keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai program Millennial Inventor Outreach yang diadakan di SMKA MELOR pada 5 Oktober 2022. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.



Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.




Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program Millennial Inventor Outreach. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.

37 views0 comments

CONTACT US

Jazro Hotline Number: +6018-5778242

JAZRO TECHNOLOGY ROBOTICS SDN BHD

Aras 1, Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, MALAYSIA.

fb-06.png
yt-06.png
ig-06.png

Newsletter Signup

Be part of JAZRO® Community, you'll get our latest news =)

© 2024 JAZRO™ Copyright. All Rights Reserved.

bottom of page