Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga kekal ceria & sihat insya Allah. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.
Pada kali ini, JAZRO Robotic Academy telah menjalankan satu program iaitu Millennial Inventor Outreach pada 23 Ogos 2022 (Selasa) di Sekolah Rendah Islam Darul Iman PAKA. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyerlahkan lagi kemahiran pelajar yang menyertai program ini.
Program ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengetahui dan mempelajari tentang robot. Apa yang menariknya, kami membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan stem, robotik dan inovasi.
Antara yang menjadi tumpuan murid-murid ialah sesi pengenalan Pertandingan robotik iaitu MakeX. Ianya ialah platform pertandingan robotik yang menggalakkan pembelajaran pelbagai disiplin dalam bidang sains dan teknologi. Ia bertujuan untuk membina dunia di mana pendidikan STEM sangat dihargai dan di mana golongan kanak-kanak dan remaja bersemangat tentang inovasi dengan melibatkan mereka dalam Pertandingan Robotik yang menarik dan mencabar.
Setelah selesai taklimat, bermulalah permainan ‘Climb Network‘. Kemenangan ditentukan oleh peserta yang berjaya mengharungi halangan yang bermula dari tempat mula ke tempat tamat dengan masa yang terpantas dan mematuhi peraturan ditetapkan oleh pengadil. Pertandingan ini berlansung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain permainan ini.
Tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Iman PAKA. Semoga kita dapat berjumpa di program seterusnya. Terima kasih & salam sayang dari kami.
コメント