Millennial Inventor Outreach Madrasah Moden Kuala Nerus


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup sihat disamping keluarga tercinta. Semoga kekal ceria & sihat insya Allah. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.




Pada kali ini, JAZRO Robotic Academy telah menjalankan satu program iaitu Millennial Inventor Outreach pada 22 September 2022 di Madrasah Moden Kuala Nerus. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyerlahkan lagi kemahiran pelajar yang menyertai program ini.




Program ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengetahui dan mempelajari tentang robot. Apa yang menariknya, kami membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan stem, robotik dan inovasi.


Antara yang menjadi tumpuan murid-murid ialah sesi pengenalan Pertandingan robotik iaitu MakeX. Ianya ialah platform pertandingan robotik yang menggalakkan pembelajaran pelbagai disiplin dalam bidang sains dan teknologi. Ia bertujuan untuk membina dunia di mana pendidikan STEM sangat dihargai dan di mana golongan kanak-kanak dan remaja bersemangat tentang inovasi dengan melibatkan mereka dalam Pertandingan Robotik yang menarik dan mencabar.



Tahniah diucapkan kepada Madrasah Moden Kuala Nerus. Semoga kita dapat berjumpa di program seterusnya. Terima kasih & salam sayang dari kami.


5 views0 comments