top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

MARii sedia guna teknologi terkini tangani COVID-19


Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari menunjukkan teknologi yang dibangunkan untuk menangani penularan COVID-19 - Foto MARii


CYBERJAYA: Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersedia untuk menggunakan teknologi canggih yang memanfaatkan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, pengurusan data raya, simulasi dan lain-lain bagi menangani penularan COVID-19. Agensi teknologi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menjelaskan, ia membangunkan beberapa platform pintar untuk mengurangkan penularan COVID-19 berasaskan cari, uji, jejak, asing dan sokong (FTTIS).



Melalui penggunaan data kawasan berisiko tinggi, platform pemodelan ramalan dan simulasi yang dibangunkan menerusi Pusat Simulasi dan Analisis MARii (MARSAC), ia berpotensi untuk menjangkakan corak jangkitan dan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi, menurut MARii dalam satu kenyataan. MARii menambah, ia juga mampu untuk menetapkan saringan massa jangkitan virus itu, khususnya dalam usaha mencari pembawa yang tidak bergejala dan menghalang penularan lanjut virus terbabit.


MARii juga membangunkan kit ujian biocip ImmuSAFE COVID+, iaitu ujian serologi yang boleh mengenal pasti jangkitan awal dan kehadiran antibodi pelindung dalam badan individu yang mengalami jangkitan awal, tanpa mengira sama ada mereka bergejala atau tanpa simptom. "Ujian ImmuSAFE memiliki sensitiviti dan kekhususan 100 peratus selain telah disahkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)," menurutnya. Agensi itu menambah, penjejakan dan pengasingan kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus itu boleh dilakukan menerusi aplikasi MARii Tracker, yang mengenal pasti kontak rapat individu yang dijangkiti dan kumpulan yang boleh terus bekerja tanpa risiko.



Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, berkata memandangkan agensi itu berkembang untuk memberi manfaat kepada sektor selain automotif dan mobiliti, teknologinya diguna pakai oleh banyak sektor termasuk pengurusan kesihatan. Beliau berkata, sebahagian besar teknologi yang dibangunkan oleh MARii adalah menerusi perkongsian dengan syarikat tempatan dalam simulasi, kecerdasan buatan, keselamatan siber, pengurusan data raya dan banyak teknologi Industri 4.0 yang lain.


JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda, Click link di bawah untuk maklumat lanjut:






6 views0 comments

Comments


bottom of page