top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

Malaysia komited manfaatkan teknologi baharu


Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.


Kemampuan Malaysia memanfaatkan teknologi baharu penting dalam memastikan pemulihan negara daripada pandemik COVID-19 serta daya tahan terhadap krisis akan datang. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pandemik COVID-19 menunjukkan keperluan ketara bagi mendapatkan teknologi serba tangkas, mudah disesuaikan dan bercirikan transformatif untuk terus menyokong ekonomi digital.



"MOSTI percaya perkara utama untuk memastikan transformasi sebagai negara berteknologi tinggi adalah untuk semua pihak saling bekerjasama dalam merealisasikan model perniagaan bagi meneroka teknologi baharu. "Kemampuan Malaysia menghasilkan teknologi baharu yang canggih dan moden juga akan mudah disesuaikan serta bercirikan transformatif untuk terus menyokong ekonomi digital," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertukaran Inovasi dan Teknologi Global Iskandar (IGNITE) 2021 secara maya hari ini. Dr Adham berkata kementerian itu menerusi agensinya seperti Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), akan terus bekerjasama dengan Iskandar Investment Bhd (IIB) dalam menyediakan sokongan untuk mendorong penggunaan dan pembangunan teknologi serta aplikasi inovatif.


"Kita percaya syarikat teknologi di Malaysia memerlukan mekanisme dan sokongan ekosistem profesional yang tepat dalam memangkin pertumbuhan masing-masing," katanya. "Dengan ini, MOSTI memberi jaminan bahawa kementerian terus komited untuk bekerjasama dengan penggiat industri dan agensi kerajaan untuk terus menyokong inisiatif bagi meningkatkan kemahiran pekerja seiring dengan tahap transformasi digital," katanya.


Dalam pada itu, Dr Adham turut mengumumkan pelancaran Program Pemacu Korporat Iskandar (CAP) membabitkan kerjasama antara IIB dan Finnext Capital untuk membangunkan program pertama seumpamanya di Johor. Katanya, program itu bertujuan menghimpunkan golongan korporat dengan pakar dron dan robotik ke pasaran seterusnya menjadi sinergi terbaik bagi pengkomersialan produk.


"MOSTI yakin Iskandar CAP akan membantu negara membangunkan semula ekonomi dan pelan pemulihan ini perlu menumpukan aspek peluang pekerjaan, pelaburan dalam infrastruktur dan memacu inovasi dengan kemampanan sebagai fokus utama," katanya. Kredit: Berita Harian


JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda, Click link di bawah untuk maklumat lanjut:








18 views0 comments

Comentários


bottom of page