top of page
Writer's picturedzul farqeish

Lawatan Telaga Biru & Makeblock (China) ke JAZRO Robotic Academy

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum WRT dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada anda semua.


Apa khabar anda? Walau dimana anda berada. Dikesibukan kerja kita, Allah masih memberikan kita nyawa & peluang untuk masih hidup di muka bumi ini. Syukur Alhamdulillah. Sekejap sahaja bukan Januari & Februari telah meniggalkan kita. Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar yang perlu dihadapi oleh kita semua. Kami juga telah merancang pelbagai aktiviti & program untuk pelajar & anak muda di kawasan Pantai Tiimur. Program yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan STEM, Robotik & Inovasi.


Untuk blog entry kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua tentang 1 program besar yang telah berlansung pada 9 JANUARI 2020 (Khamis). Kami telah menerima lawatan kerja pihak Telaga Biru Sdn Bhd (TBSB) melalui Telaga Biru Education & lawatan kerja dari wakil Makeblock (China) yang dihadiri sendiri oleh pengurus pasaran Malaysia dari Guangzhou, China iaitu Mr. Edmund ke JAZRORobotic Academy yang terletak di Terengganu. Ini adalah pengalaman & lawatan pertama beliau ke Malaysia & beliau memang tidak pernah ke negeri Terengganu.



Tujuan lawatan mereka adalah untuk mereka melihat sendiri JAZRO Robotic Academy & juga keadaan sebenar sekolah di Pantai Timur yang terdiri kebanyakkannya adalah kawasan luar bandar. Keadaan di sini tidak sama seperti bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Penerimaan ibubapa, pelajar & guru adalah sangat memberangsangkan untuk aktiviti berkaitan STEM, Robotik & Inovasi.


Destinasi pertama mereka adalah di SK Bukit Anak Dara yang terletak di Kijal. Sekolah ini adalah sekolah luar bandar & merupakan salah satu Sekolah Amanah Malaysia. Sekolah ini berjaya mendapat anugerah 'Competition Spirit Award' pada Pertandingan Robotik MakeX 2019 Peringkat Kebangsaan yang lalu. Peserta MakeX dari sekolah ini sangat rajin & tekun mempelajari ilmu pengaturcaraan (programming) sehingga berjaya menyelesaikan cabaran pada pertandingan MakeX 2019.


Seterusnya kami ke SK Rantau Petronas yang terletak di Kerteh. Sekolah ini merupakan sekolah terawal yang belajar bersama kami. Sekolah ini berjaya memenangi 3 anugerah semasa Petandingan Robotik MakeX 2019 Peringkat Kebangsaan iaitu: Appearance Design Award, Alliance Collaboration Award & Team Culture Award.

Kemudian, kami meneruskan sesi lawatan dengan membuat kunjungan ke Akademi Robotik kami & mengadakan sesi perbincangan bersama pihak TBSB & JAZRO. Kami membincangkan gerak kerja & program bagi tahun 2020. Selain itu, kami membincangkan usahasama & perancangan untuk Pertandingan Robotik MakeX 2020. Kami akan membantu lebih ramai pelajar & sekolah bagi mempelajari ilmu STEM, Robotik & Inovasi di negeri Terengganu, Pahang & Kelantan.



Terima kasih diucapkan kepada pihak TBSB di atas kepercayaan yang diberikan & pihak Makeblock China kerana sudi melawat ke Akademi & Pejabat kami, mereka datang jauh dari Kuala Lumpur & China. Ucapan tahniah juga kepada Makeblock CHina di atas penganjuran Pertandingan Robotik MakeX di seluruh dunia, dengan adanya pertandingan seumpama ini di Malaysia, dapat meningkatkan tahap kreativiti pelajar negara ini ke arah menjadi negara maju pada masa akan datang seiring dengan kepesatan teknologi digital & Industri Revolusi 4.0 (IR4.0).


Semoga dengan lawatan kerja ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan ini & kawasan Pantai Timur. Terima kasih sekali lagi & semoga berjumpa lagi.


Jazakallahu Khairan Kathira. Assalamualaikum WRT. =)



87 views0 comments

Comments


bottom of page