Baru-baru ini dilaporkan lebih 200 pengusaha restoran nasi kandar di Pulau Pinang tertekan kerana tidak dapat menampung kebanjiran pelanggan selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan. Ia berpunca daripada kekurangan pekerja asing mereka yang tidak dapat kembali semula ke Malaysia selepas pulang ke negara asal.
Situasi itu telah menyebabkan sebahagian pengusaha restoran nasi kandar masih belum dapat membenarkan pelanggan untuk makan di kedai masih-masing. Masalah kekurangan pekerja di restoran ini mungkin bukan hanya dihadapi oleh pengusaha nasi kandar sahaja tetapi pengusaha restoran lain yang turut menggajikan pekerja asing bekerja di restoran mereka.
Jika alasan pekerja tempatan tidak tertarik dengan pekerjaan di restoran nasi kandar walaupun ditawarkan gaji yang berpatutan menjadi masalah kepada para pengusaha yang berdepan dengan kekurangan pekerja, mungkin mereka perlu mencari jalan penyelesaian lain.
Antara perkara yang boleh dipraktikkan di restoran ialah menggunakan khidmat robot pelayan untuk mengambil dan menghantar pesanan ke meja-meja seperti yang digunakan secara meluas di Jepun. China merupakan negara yang mengimport robot-robot ini dan sudah pasti para pengusaha restoran ini boleh menempah khas dengan memprogramkan menu-menu yang dimiliki.
Mungkin ada yang melihat ia melibatkan kos yang tinggi tetapi mengapa tidak melabur hari ini untuk kemudahan pada masa akan datang. Penggunaan robot ini bukan bermakna tidak menggunakan khidmat tenaga manusia langsung tetapi ia salah satu cara bagi mengurangkan kebergantungan tenaga pekerja asing. kredit: Suara sinar
Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar robot? JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
Comments