top of page

Kem Robotik Jazro (Melaka & Skudai)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta. Entry kali ini adalah mengenai program robotik cuti sekolah iaitu Kem Robotik Jazro yang diadakan di Melaka & Skudai. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.


Kem Robotik Jazro di Melaka (Level 1), 27-28 December 2022


Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.


Kem Robotik Jazro di Skudai 25-26 December 2022


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri program Kem Robotik Jazro. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.


1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page