top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

Kekurangan tenaga mahir jadi cabaran industri 4.0

Updated: Sep 13, 2021




Revolusi Perindustrian Ke-4 (Industri 4.0) menjadi bualan hangat bagi majoriti individu pada masa kini. Dari warung kopi ke restoran mewah, mahupun dari wakaf di pinggir jalan hinggalah ke pusat pengajian tinggi, ia dibincangkan secara ilmiah atau sekadar sembang-sembang kosong. Ada juga individu yang kurang faham Industri 4.0 tetapi berusaha bercakap mengenainya dan cuba memahaminya.


Revolusi Industri 4.0 berkait rapat dengan kepentingan informasi serta data kepada manusia pada masa akan datang. Keadaan ini sudah tentu memerlukan pemain industri sentiasa peka agar tidak ketinggalan dalam sistem fizikal siber yang melibatkan keupayaan baharu dengan teknologi yang seharusnya terkini.




Semua ini perlu digerakkan oleh tenaga berkemahiran tinggi terutama dalam membangunkan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan menganalisis data besar. Persoalannya sekarang adakah Malaysia mempunyai tenaga mahir yang mencukupi dalam bidang ini bagi mengharungi industri keempat ini?


Impak kepada industri


Pengasas dan Pengerusi Kumpulan SG Academy, sebuah institusi swasta yang menyediakan kemahiran untuk industri 4.0 , Datuk Sri Ganesh berkata revolusi baharu yang berlaku kini memberi impak kepada industri yang memerlukan teknologi dan pengeluaran produk secara besar-besaran.


Perlaksanaan automasi, sebagai contoh, kata beliau, membolehkan mesin (robot) mampu meramal dan bertindak melaksanakan sesuatu keperluan dengan bentuk pandu sendiri tanpa banyak campur tangan manusia.


Informasi yang disimpan bukan sahaja meramal sesuatu malahan mampu membolehkan mesin bertindak balas dalam menyelesaikan sendiri isu yang perlu diselesaikan. “Sekiranya peringkat ini dilaksanakan sepenuhnya baharu sesebuah industri masyarakat dan negara layak diiktiraf berjaya melaksanakan sistem fizikal siber sepenuhnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Peluang pekerjaan yang terbuka


Menurut Ganesh, soal pengurangan tenaga kerja tidak perlu timbul kerana peluang pekerjaan sentiasa ada sekiranya mereka yang berkenaan bersedia mempersiapkan diri dengan kemahiran untuk industri terbaharu ini.


Memang pada dasarnya banyak pekerjaan yang sebelum ini dilakukan secara berulang seperti pembungkusan akan digantikan dengan robot namun perkara yang melibatkan kreativiti masih memerlukan manusia untuk berfikir dan mencipta sesuatu.


Teknologi boleh mengajar robot untuk berfikir, menulis, melukis seperti manusia tetapi harus diingat, sifat semula jadi manusia tetap tidak boleh dilakukan oleh robot, katanya. “Sifat semula jadi manusia untuk mencipta sesuatu benda tidak boleh dilakukan oleh robot. Kreativiti ini perlu dibangunkan sejak di peringkat sekolah rendah lagi dengan memperkasakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan seni termasuk Bahasa Inggeris dan lukisan,” katanya.


Oleh sebab itu, kami di JAZRO sangat komited bantu anak-anak & murid-murid untuk memberi pendedahan dengan dunia robotik seawal di bangku sekolah lagi, setiap minggu kami sajikan program yang sangat menarik untuk mereka, klik link untuk ketahui lebih detail: https://linktr.ee/JAZRO


282 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page