top of page

Jazro Trial Robotik Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai 'Jazro Trial Robotik' yang diadakan di Kuala Terengganu. Pameran ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang program JAZRO, cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.


Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri 'Jazro Trial Robotik' bersama JAZRO. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.



6 views0 comments
bottom of page