Search
  • dzul farqeish

JAZRO Monthly Game (FEB 2020: Arduino Robot Maze Challenge)

Assalamulaikum & selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua. Semoga sentiasa sihat bersama keluarga tercinta insya Allah.


Entry blog pada kali ni adalah mengenai JAZRO Monthly Game untuk bulan Februari 2020. Pada bulan Feb, kami telah membuat pertandingan Arduino Robot Maze Challenge. Ia adalah pertandingan untuk mengerakkan robot arduino yang telah siap dipasang di atas litar berliku (maze) menggunakan tablet yang disediakan. Masa terpantas bari robot Arduino itu melalui garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.


Alhamdulillah ramai pelajar yang turut serta dan belajar ilmu baru tentang Microprocessor Arduino. Papan pengawa Arduino ini adalah salah satu pembelajaran di sekolah menengah dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT). Pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dalam 2 aspek iaitu kurikulum & ko-kurikulum di sekolah.



Bagi pelajar yang tidak mempunyai robot Arduino sendiri, kami menyediakan sewaan robot Arduino pada bayaran RM2/robot. Bayaran pendaftaran untuk pertandingan ini adalah hanya RM5/peserta.



Setelah hampir 2 jam pertandingan diadakan. Kita telah menemui juara & naib juara bagi JAZRO Monthy Game pada Februari 2020 ini. Tahniah kepada pemenang & semua yang menyertai pertandingan robot santai ini. Sijil penyertaan juga diberikan kepada semua peserta. Semoga kita berjumpa di masa akan datang. Jazakallahu Khairan Kathira.


Assalamulaikum semua..





2 views
fb-06.png
yt-06.png
ig-06.png

Newsletter Signup

Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, Malaysia

© 2020 JAZRO Copyright. All Rights Reserved.