JAZRO MAZE ONLINE GAME (JMOG)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua. Alhamdulillah, bulan April 2022, merupakan waktu cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitiri. Sesi persekolahan yang baru juga bakal bermula pada minggu pertama selepas Hari Raya Aidilfitri tersebut. Dalam tempoh cuti sekolah ini, JAZRO Robotic Academy telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar sekolah dalam mendalami ilmu pendidikan STEM, Robotik, dan Inovasi.


Program kali ini adalah mengenai JAZRO MAZE Online Game yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Program ini berlangsung pada 29 & 30 April 2022 (Jumaat & Sabtu ). Di dalam program ini, kami mengadakan ‘Jom Kumpul Duit Raya kepada para peserta untuk mengumpul duit raya semasa program dijalankan.


Hasil daripada program ini, peserta dapat memupuk semangat inovasi dan mengembangkan daya imaginasi dengan mengawal ‘Remote Control Car’ dari rumah. Selain itu, peserta dapat mengetahui tentang pertandingan Online yang menggunakan Teknologi IOT dan dimainkan menggunakan telefon pintar sahaja. Seterusnya, peserta dapat meningkatkan keyakinan terhadap hasil permainan mereka dengan kreativiti-kreativiti mereka.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai program Jazro Maze Online Game bersama JAZRO Robotic Academy. Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta yang menyertai program ini. Semoga program ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik, dan Inovasi. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi pada program akan datang.




6 views0 comments