top of page
Writer's picturedzul farqeish

JAZRO IOT EXHIBITION WEEK

Assalammulaikum WBT dan Salam sejahtera diucapkan buat semua pembaca, rakan-rakan dan saudara yang hadir ke dalam laman sesawang rasmi JAZRO Robotic Academy ini.


Pada tarikh 8 sehingga 19 Mac 2020 yang lalu, JAZRO Robotic Academy telah mengadakan satu pameran yang bertajuk “JAZRO IOT Exhibition Week”. Pameran tersebut dilangsungkan di JAZRO SPACE yang terletak di Kerteh.


Kami telah mempamerkan 5 buah projek yang berkonsepkan IOT dan ianya khas untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan masyarakat awam yang mempunyai keinginan yang tinggi tanpa mengira peringkat umur untuk belajar mengenai IOT. Terdapat banyak pelawat dari beberapa buah sekolah di sekitar daerah Paka dan Kemaman. Antara sekolah yang terlibat dalam lawatan sambil belajar ini adalah dari Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka dan SK Chukai, Kemaman.











Program “IOT Exhibition week” ini diketuai oleh En. Dzulfarqeish dan pekerja eksekutif yang lain. Segala penerangan dan cara perlaksanaan projek diterangkan oleh pelajar-pelajar praktikal di syarikat ini pada ketika itu iaitu Hakim, Danial dan Rashidi memandangkan projek ini adalah gabungan 5 buah projek sehingga menjadi sebuah projek besar hasil kolaborasi bersama antara pelajar-pelajar praktikal dan syarikat JAZRO Robotic Academy.













Antara 5 Buah Projek berkonsepkan IOT yang telah dipamerkan adalah projek bertajuk Home Control, I-Grill System, Flood Detection System, Smart Watering System dan Fire Alarm Detector.

Penerangan ringkas bagi setiap projek adalah, Home Control diciptakan untuk memudahkan pengguna ‘ON/OFF’ lampu dan kipas. Disamping itu, kita dapat melihat amaran kebakaran secara IOT dengan menggunakan telefon pintar sahaja dengan adanya aplikasi IOT iaitu Blynk.

I-Grill System pula berfungsi sebagai sistem keselamatan rumah yang akan menghantar isyarat Buzzer dan LED sebagai amaran sekiranya rumah tersebut dilanda bencana kebakaran dan pengguna dapat mengawal pagar atau ‘grill’ tersebut untuk dibuka atau tidak dikala berada di situasi kecemasan melalui Bluetooth.

Flood Detection System berfungsi sebagai sistem penggera yang akan mengukur paras air di luar rumah ketika hujan lebat dan akan memberikan amaran sekiranya paras air melebihi ukuran yang berbahaya dan mampu mendatangkan kemudaratan ke atas diri kita. Amaran akan dihantar melalui aplikasi Blynk yang akan menggesa pengguna agar keluar dan meninggalkan rumah sekiranya status pengguna dalam keadaan yang terancam.

Smart Watering System pula diciptakan untuk kita menjaga tanaman dan memerhati status kelembapan tanah dan keperluan air yang diperlukan oleh pokok tanpa memerlukan pengguna untuk pergi berjalan dan melihat sendiri keadaan tanaman tersebut. Segalanya boleh dipermudahkan dengan adanya sistem IOT ini. Platfrom yang digunakan adalah Blynk.

Fire Alarm Detection adalah sebuah sistem yang digunakan untuk memberi amaran kepada pengguna sekiranya rumah mereka berada dalam keadaan kebakaran. Ianya merupakan satu kelebihan sekiranya pengguna berada jauh daripada rumah. Platform dipakai adalah Blynk.

Para pelajar yang hadir dapat mencuba dan melihat sendiri demonstrasi pada setiap projek yang ada. Disamping itu, mereka juga dapat belajar mengenai cara untuk melakukan pengaturcaraan dengan menggunakan mikropengawal Arduino. Cara untuk memahami bagaimana kesemua projek ini berjalan tidaklah terbatas kepada mana-mana lingkungan umur kerana Ia amatlah mudah untuk difahami dan ternyata ianya telah menarik minat ramai pelajar untuk lebih memahami tentang Arduino dengan lebih mendalam lagi. Ia sememangnya pengalaman yang amat berharga buat pengunjung-pengunjung yang telah mengunjungi syarikat kami.











Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung kami yang terdiri daripada guru-guru dan juga pelajar dari SRI Darul Bayan dan juga dari SK Chukai kerana berpeluang untuk berkunjung ke Jazro Robotics Academy pada minggu IOT. Semoga segala ilmu yang dicurahkan kepada pelajar-pelajar dan guru dapat memberikan manfaat pada masa hadapan atau setidaknya membuahkan minat dalam kalangan anak-anak muda yang bakal mengubah masa hadapan kearah kemajuan IR 4.0 (Industri Revolusi ke 4.0) kelak.

Semoga dengan sekecil-kecil lawatan ini dapat mengubah masa hadapan dan pandangan mereka kearah pembangunan teknologi, dan pendidikan berasaskan STEM Inshaallah.. Terima kasih sekali lagi dan semoga berjumpa lagi di kempen IOT Exhibition Week yang seterusnya jika dilangsungkan lagi kemudian. Stay Tuned!








46 views0 comments

Comments


bottom of page