top of page

IOT Maze Hunt: Duit Raya Hunt


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat berpuasa, semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai program 'IOT Maze Hunt: Duit Raya Hunt' yang diadakan secara virtual. Bersempena hari raya yang bakal tiba, Jazro ingin memberi peluang kepada semua untuk memenangi duit raya. program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas pengaturcaraan dan cara mengawal robot mbot dengan IOT Maze.


Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk mengawal robot mbot dengan kaedah yang menarik.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang kerana berjaya menghadiri program Duit Raya Hunt. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.



11 views0 comments
bottom of page